Penyanyi-pencipta lagu, Pakar Motivasi, Personaliti TV dan Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob, telah melancarkan buku resipi pertamanya berjudul “My Sucre Story†di ibu kota Perancis atas kerjasama Kedutaan Malaysia di Perancis dan Le Cordon Bleu, institut kulinari berprestij dimana Dato’ Fazley menamat pengajiannya pada tahun 2013. Acara rasmi ini dihadiri pegawai-pegawai dari Kedutaan Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Le Cordon Bleu, ahli-ahli media Perancis dan warga Malaysia yang menetap atau berkerja di Paris.
Pada bulan Oktober 2015, setelah mengusahakannya sepanjang tahun, Dato’ Fazley Yaakob telah melancarkan buku resipi dwi-bahasa pertamanya, “My Sucre Storyâ€, dibawah pengedaran MPH Publishing. Tajuk yang diberi, di mana “Sucre†bermaksud “Manis†atau “Gula†dalam bahasa Perancis adalah satu penghormatan kepada pengajiannya dalam bidang masakan Perancis selama beberapa tahun dan juga menceritakan detik-detik “manis†dalam perjalanannya sebagai seorang chef.
Buku resipi ini mengandungi 5 bab, bermula dengan kisah-kisah makanan dan masakan sejak Dato’ Fazley Yaakob kecil lagi, hingga menjadi seorang chef bertauliah. Beliau memberi perhatian terperinci kepada tiga idea dalam buku resipinya iaitu masakan klasik dari kampung halaman di Rembau, Negeri Sembilan, dan manisan klasik Perancis atau diilhamkan dari manisan Perancis, serta makanan “Asian-fusion†yang terdapat di restorannya, SukaSucre Bistro. Sebanyak 35 resipi yang menyelerakan yang terdapat dalam buku ini.
Acara santai ini diadakan di Rumah Malaysia, kediaman rasmi untuk Duta Malaysia kepada Perancis. Majlis yang penuh bermakna ini dirasmikan oleh Puan Anil Fahriza Adenan, Minister Counsellor dari Kedutaan Malaysia. Turut bersama Cik Sandra Messier, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi dari Le Cordon Bleu, Paris dan Chef Jean-Jacques Treschant, Chef Pengajar dari Le Cordon Bleu, Paris. Majlis ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Encik Johnny Ong, Pegawai Komunikasi, sebagai juruacara dari Kedutaan itu sendiri.
Pelancaran ini diadakan di Paris, Perancis, bersempena Dato’ Fazley Yaakob menjalani pengajiannya bersama University of Reims Champagne-Ardenne iaitu Hautes Etudes du Goût, sebuah program ijazah universiti di Kota Reims, Perancis. The Diplôme Universitaire du Goût, de la Gastronomie et des Arts de la Table (DUGGAT) atau Ijazah Akademik Rasa, Gastronomi dan Seni Meja adalah kertas pengajian kebudayaan, sejarah, saintifik dan ekonomik disebalik dunia makanan. Ini adalah kali kedua Dato’ Fazley Yaakob melangsungkan pengajiannya dalam bidang masakan di Perancis.
Ketika majlis berkenaan, Dato’ Fazley Yaakob memperagakan cara membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Api, masakan tradisional Negeri Sembilan, dan dilengkapi belimbing besi yang diterbangkan khas untuk acara ini.
Beliau juga membuat manisan “Puteri Mandi†dan berkongsi resepinya khusus kepada teman-teman media warga Perancis yang tidak kenal dengan manisan dari Asia. Kedua-dua resipi ini boleh terdapat dari dalam buku resipi ini. Para hadirin disajikan makanan kegemaran Malaysia iaitu Nasi Lemak Sambal Udang.
Sebagai seorang Chef, Dato’ Fazley sering diundang menjadi juri dalam program memasak tempatan dan antarabangsa seperti MasterChef Malaysia, MasterChef All-Stars Malaysia dan Food Wars Asia. Beliau juga merupakan pemilik dan Chef Eksekutif kepada restoran SukaSucre Bistro dan sekolah memasak, SukaSucre Kitchen Studio. Buku resepi ini boleh didapati di Malaysia dan Singapura. Buku ini bakal dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada bulan Januari 2016.
Penerbangan Malaysia Airlines pergi dan kembali Kuala Lumpur-Paris untuk Dato’ Fazley Yaakob ditaja khas oleh Astra Holidays.