Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu. Terbaharu, ibu kepada Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim pula dilihat ‘unfollow’ menantunya. Bagaimanapun, Shahida berkata dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG. Malah, dia juga tidak tahu suaminya juga tidak lagi mengikutinya di Instagram dan mendapat tahu daripada komen-komen netizen.
Datin Sri Nur Shahida merupakan isteri Dato Aliff Syukri Kamarzaman yang merupakan anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Datin Shahida mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai penyanyi Bienda.
“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.
“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen. Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,”
– Datin Shahida
Dalam satu posting terbaharu di IG, Shahida menulis:
“Pada Akhirnya yg pergi tetap akan pergi…memilih melepaskan lebih melegakan daripada memaksa!!!”
– IG Shahida
Berkongsikan keadaan terkini, Shahida berkata dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah. Bagaimanapun, Shahida enggan memberikan komen lanjut isu dakwaan memfailkan perceraian di mahkamah.
“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya. Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak,”
– Datin Shahida