Tampil dengan produk kosmetik jenama Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu turut diuji sendiri oleh Marlinda sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri.
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita.
Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,”
– Datin Marlinda
Menariknya lagi, produk kosmetik ini menggandungi bahan-bahan selamat dan berkualiti serta sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun.
Antara bahan-bahan yang digunakan adalah rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root. Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
“Suami saya adalah jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksport ke luar negara.
“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,”
– Datin Marlinda
Ditanya mengenai harga untuk lima produk kecantikan Glassskin, Marlinda berkata, satu set kecantikan itu dijual dengan harga RM299.
Namun sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
“Kami hasilkan produk ini pada harga mampu milik dan lengkap dengan pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Produk ini setara dengan produk luar negara yang dijual pada harga tinggi,”
– Datin Marlinda
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Glassskin atau boleh ikuti media sosial Facebook dan TikTok di Glassskin.my dan Instagram: @the.glassskin.my serta hotline di talian 013 383 8686.