DRAMA NASHA AZIZ JADI DATIN MALAM INI!
Tetapi masa tayangan jam 11 malam rasa saya tidak berapa sesuai sebab masa tu ramai yang dah mengantuk dan letih. Kalau drama tu sedap, OK lah jugak kan.
Saya tidak boleh letakkan sinopsis Datin Diaries di sini sebab nanti dicop sebagai spoiler pulak. Yang pastinya, drama ini berkisar tentang kehidupan datin yang menghadapi masalah suami mereka yang bermain kayu tiga. Jadi, mereka berpakat dan merancang untuk ‘ikat’ suami agar tidak mencari ‘penyedap’ di luar.
Kesimpulannya, dunia mereka kaya dengan kemewahan tidak menjanjikan apa-apa buat tiga orang Datin ini. Kecuali mereka dapat menarik perhatian ‘Datuk-Datuk’ mereka. Saya kira, kehidupan Datin Mary, Datin Molly dan Datin Sally akan dipaparkan dalam mesej yang cukup sinis untuk menyindir orang-orang yang berpangkat dan dipenuhi kemewahan. Tidak semua mereka yang bahagia. Kekayaan wang ringgit tidak menjanjikan bahagia.
Antara pelakon lain yang membintangi drama ini ialah Nur Fazura Sharifuddin, Norkhiriah, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimi, Azizah Mahzan, Yusni Jaafar, Zek Zaidi, Norlia Ghani, Mubarak Majid, Yasmin Hamid, Catriona Ross, Ako Mustafa, Elly Suriati, Linda Onn dan Aznah Hamid.
Ops! Teruja juga ada nama yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini berlakon juga dalam siri drama ini. Siapa lagi kalau bukan Linda Onn… Jarang saya lihat Linda Onn berlakon drama. Ini mungkin yang pertama barangkali ya?
Oklah, nak promo sikit boleh? Orang TV3 yang suruh promo. Katanya pelakon Datin Diaries akan turut memeriahkan Jomheboh 2007 di Kuantan Pahang hujung minggu ini. Kalau you all nak jumpa pelakon Datin Diaries seperti Azean Irdawaty, Nasha Aziz dan ramai lagi… kunjungi Jomheboh 2007 di Kuantan, Pahang pada 10 & 11 Mac ini.
Kredit foto: Berita Harian
LINDA ONN YANG CUAK
Dunia hiburan tanahair masih dikecohkan dengan isu kontroversi Linda Onn yang tidak muncul di Anugerah Oscar minggu lalu. Sebelum ini, terlalu banyak spekulasi dan andaian yang timbul. Forum dan blog turut sama menjadi medan bagi mereka-mereka yang pakar mengulas tentang isu yang dikatakan agak busuk ini. Kerja wartawan pula banyak mengorek rahsia demi rahsia untuk dibongkarkan. Dan saya memilih untuk berdiam diri kerana ini adalah krisis yang agak ‘berat’ untuk diceritakan pada umum.
Tidak perlu menegakkan benang yang basah. Tidak perlu mencari siapa yang salah. Samada Linda, pihak pengurusan, pereka fesyen, atau siapa sahaja yang dipersalahkan, saya harap isu yang membusukkan industri hiburan ini tidak berlarutan.
Linda Onn sudah pun pulang. Semalam, airmata Linda gugur di KLIA disambut oleh ibu bapa, keluarga dan teman-temannya. Semua orang tentu ingin mendengar alasan dan komen daripada Linda Onn. Setelah membaca beberapa helaian kertas yang dihulurkan oleh wartawan, saya rasa turut bersimpati dengan apa yang menimpa Linda Onn. Apakah nanti Linda Onn akan dilucut jawatannya dari konti Era? Kerana saya difahamkan memang Linda Onn kena hentam ‘kaw-kaw’ dek keputusannya itu. Semoga Linda bersabar menghadapi apa sahaja yang bakal berlaku.
Hidup perlu diteruskan walaupun ada yang mencemuh dan mengutuk. Alah, kalau Linda Onn dipecat pun, Linda dah cukup teguh dan establish. Linda kan dah jadi pengusaha restoran. Tu tak termasuk lagi menjadi duta-duta produk, berlakon… bla… bla….
Rezeki ada di mana-mana. Cakap-cakap belakang ni biasalah. Mulut orang, takkan kita nak tutup. Itu dah jadi adat. Kalau benda dah jadi hitam, memang sukar untuk jadikannya putih seperti sediakala.
Bersimpatikah anda dengan nasib Linda Onn. Tercalarkah imej Linda nanti? Atau… ini hanyalah satu mehnah dan kerenah yang perlu kita kaji, mengapa dan kenapa tragedi ini harus berlaku? Jawapan saya, tidak perlu lagi nak heboh-hebohkan keadaan. Masing-masing sudah tahu cerita daripada mulut-mulut yang berwajib. Jadi, terpulang untuk percaya atau tidak. Terserahlah!
Namun, dari sudut etika kerja, saya rasa Linda Onn seharusnya lebih profesional dan lebih masak serta tahu apa tugasnya yang sebenar. Ketepikan seketika ego diri atau apa sahaja yang bersifat peribadi. Isu pakaian yang kini menjadi satu penyebab utama Linda tidak muncul di kaca TV untuk acara karpet merah menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima.
Semoga ini semuanya menjadi pengajaran buat mana-mana artis yang akan terpilih untuk menjadi hos di Anugerah Oscar tahun hadapan. Dalam pada itu, saya harus memberi pujian kepada Maya Karin yang menjadi hos acara yang sama pada tahun lepas. Walaupun mengenakan baju yang tidak segah mana, namun tetap memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi.
Nota Budiey: Kalau boleh tak nak susah-susahkan sesiapa…
Ehem… ehem… tak tahu sebab apa, tangan ni gatal nak letak foto Linda Onn dengan kawan baiknya, Fahrin Ahmad. Macam pinang dibelah dua tak?
Rasanya saat-saat macam ni, Fahrin pastinya adalah teman untuk mengadu bagi Linda. Nasib baik ada Fahrin… (huk huk huk… terbatuklah pulak.)