Pada tanggal 9 Mac lalu, syarikat Twomee Health & Beauty (M) Sdn. Bhd. telah berjaya melancarkan produk terbaru di Royale Chulan Damansara iaitu hari Sabtu yang lepas di mana acara itu berlangsung pada jam 3 petang dengan penuh gilang gemilang dan glamor.
Bagi Budiey majlis pelancaran tu memang awesome dan gempak habis sebab hadirin yang hadir boleh menang cabutan bertuah dengan hadiah yang cukup lumayan. Budiey juga bernasib baik sebab menang hadiah berupa set produk ini. Balik nanti bolehlah cuba produk ni.
Dato Suraya Binti Hj Semaru, pengasas produk TWOMEE sendiri yang rasmi bukak majlis tu! Tidak ketinggalan Datin Noor Hasliah Abu Hassan, atau Datin Alyah yang telah dilantik sebagai duta TWOMEE.
Wah! bukan main lagi, Datin Alyah siap belanja kitorang semua dengan lagu-lagu yang dah lama tak dengar Datin Alyah perform dan tak lupa juga beliau buat persembahan lagu tema TWOMEE di acara tu. Memang catchy betul lagu tu. Tengok la sape yang buat.
Tak lupa jugak, ada beberapa artis dan influencer media sosial atau KOL yang turut datang jadi tetamu kat majlis tu. Budiey nampak ada Nadia Brian, Luqman Podolski, Adira Suhaimi, Ani Mayuni, Yazmin Aziz, Sarah Suhairi dan ramai lagi!
Dato Suraya cakap, bukan senang nak hasilkan produk kosmetik berkualiti camni. Dia kena lalui banyak ujian klinikal, penyelidikan, pembangunan berulang kali baru dapat hasil yang terbaik. Dia harap jenama TWOMEE ni akan jadi pilihan utama pengguna.
Idea dia buat produk Makeup Based 3 dalam 1 ni sebab dia nampak perempuan zaman sekarang kebanyakannya sibuk dan takde masa. Jadi dia nak hasilkan produk yang cepat, berkualiti, dan sesuai untuk semua jenis kulit.
Datin Alyah pun cakap, dia bersyukur sangat sebab dapat bekerjasama dengan Dato Suraya. Dia tau saingan kat pasaran kuat gila, tapi dia berazam nak bantu jenama TWOMEE ni dapat tempat yang baik kat pasaran.
Puan Mastura Binti Mahmud, Ketua Pengarah Operasi TWOMEE pun kata, yang bezanya produk TWOMEE ni bukan setakat untuk mekap je, tapi boleh jadi produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua orang, tak kira umur atau jantina.
Jenama TWOMEE yakin produk ini boleh bagi hasil terbaik sebab bahan-bahan semula jadi yang diaorang guna diimport dari luar negara. Ada Petroleum yang jaga kelembapan kulit, Helichrysum yang elakkan kulit tua dan bermasalah, dan Snow Mushroom yang jaga kelembapan kulit ganda ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid!
Lepas majlis pelancaran ni, dorang plan nak giat promote produk dorang ni kat semua platform media sosial dorang seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Jualan produk fizikal pun boleh dapat kat ibu pejabat TWOMEE. Jadi, kalau korang nak cuba produk terbaru ni, jangan lupa check out!