Melalui siaran langsung Pengumuman Khas Pakej PEMULIH oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beberapa pakej bantuan telah diumumkan. Melalui PEMULIH atau Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi, sejumlah RM150 bilion telah diperuntukan untuk merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan bernilai RM10 bilion.
Ketika ini kemudahan internet diibaratkan sebagai utiliti keperluan asas bagi kesemua sektor seperti PdPR, pembelian dalam talian, perkhidmatan kerajaan serta swasta.
Lanjutan daripada itu, Perdana Menteri menyatakan semua syarikat pengendali rangkaian utama bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemberian 1GB data internet percuma sehingga 31 Disember 2021.
Kemudahan ini dijangka bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan berdaftar seluruh negara.