Waktu tayangan dari tarikh penghabisan pengambaran Diva hampir mengambil masa setahun lamanya. Oleh kerana projek filem Diva adalah gabungan tiga buah negara pengemar dan pengiat filem yang julung kali diadakan, ia telah menelan banyak masa dan keringat.
Namun saya amat berterima kasih kepada syarikat penerbitan filem yang terulung di negara ini iaitu Astro Shaw kerana mempunyai wawasan untuk mengambil industri filem Malaysia ke tahap antarabangsa.
Melalui anak syarikatnya Nusantara Films dengan kerjasama Tarantella Pictures, Diva adalah hasil terbitannya yang pertama untuk tontonan pawagam diserantau Asia. Krew teknikal dan pengarah Diva berasal dari India manakala pelakonnya pula adalah gabungan bakat dari Indonesia dan Malaysia.
Saya berharap orang-ramai dari seluruh peringkat umur akan berseronok ketika menyaksikan filem ini kerana ia penuh dengan drama serta adegan-adegan yang menonjolkan aksi tenaga anak-anak muda dari seluruh pelusuk rantau ini.
Penyanyi Ning Baizura ketika pengalamannya membikin filem Diva berkata:
Seperti Ning, kami mencuba yang terbaik untuk menghiburkan penonton wayang tempatan serta di Indonesia, India, Singapura dan Brunei; dimana filem in juga akan ditayangkan. Dengan lirik tulisan dari penulis yang tidak asing lagi iaitu Loloq, kami berharap pendengar akan terhibur dengan pilihan lagu-lagu yang diinspirasikan oleh tenaga karyawan dari seluruh pelusuk rantau ini.
Syabas dan Majulah Filem Malaysia!
Daripada,
Sharad Sharan, Pengarah dan Penerbit