Nikki atau Nicolette Louise Palikat, 39, berkata dia berkenalan dengan jejaka yang bekerja sebagai pengamal perubatan alternatif itu selepas menerima rawatan kiropratik daripada jejaka itu.
“Sudah hampir dua tahun kami mengenali antara satu sama lain dan saya boleh cakap sekarang kami dalam perhubungan serius.
– Nikki
“Jujurnya, saya gembira dengan hubungan ini. Dia juga seorang pengamal perubatan kiropratik dan saya pernah menjadi pesakitnya.
“Dari situ, kami mula kenal dan rapat,”
Berikutan itu, Nikki pernah berkahwin dengan komposer Audi Mok, berkata dia tidak menolak kembali mendirikan rumah tangga.
“Saya sememangnya tak menolak kembali berkahwin. Saya mahukan anak lagi sekiranya ada rezeki. Dalam setiap apa yang dilakukan saya mahu yang terbaik,”
– Nikki
Nikki yang juga naib juara program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu mengakui, anaknya turut menerima baik teman lelakinya dan terbuka menerima jejaka itu dalam hidup mereka.
“Anak saya sudah masuk usia remaja dan faham dengan situasi perpisahan ibu bapanya. Saya sudah jelaskan mengenai hubungan kami dan anak terima dengan baik,”
– Nikki
Dedah Nikki, dia juga sudah mula mengikuti kelas bahasa Perancis supaya dapat menambah baik komunikasinya bersama jejaka berkenaan.
“Saya ada juga ambil kelas bahasa Perancis supaya lebih senang kami berkomunikasi. Dia juga sepatutnya ambil kelas bahasa Melayu, tapi masih belum ada kesempatan,”
– Nikki
Terdahulu, Nikki yang mendirikan rumah tangga bersama komposer Audi Mok memaklumkan perceraian menerusi sidang media khas sekitar 2022. Mereka berpisah ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam masa sama, Nikki mendedahkan faktor utama perpisahan itu adalah disebabkan tiada persefahaman dan sudah memendam perasaan tidak bahagia selama 10 tahun.
Nikki yang pernah menyertai program Malaysian Idol musim pertama pada 2004 dan popular dengan lagu Caramu bertemu jodoh dengan Audi Mok pada 27 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam.