Menerusi program masakan terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dapur Berkuap”, keupayaan mereka menghasilkan menu yang mudah tapi menyelerakan bakal dinilai oleh Chef Dee Dee yang bertindak sebagai hos program 13 episodini.
Menariknya, dalam program yang mula bersiaran 11 Julai ini, setiap Khamis, pukul 10.30 pagi di TV Okey, mereka juga bakal berkongsi dapur dengan peminat setia mereka untuk menentukan hidangan siapa yang lebih membuka selera.
Kemunculan penyanyi Ismail Izzani membuka episod pertama program ini dengan peminatnya bernama Wawa. Mereka bertanding menyediakan menu Sup Kepah Buah Pear. Cef Dee Dee memberikan masa 20 minit untuk memasak. Antara Ismail Izzani dengan Wawa, masakan siapa yang lebih menyerlah?
Episod dua mengundang Zizi Kirana dan peminatnya, Fahmi memasak menu diberi nama Pasta Santan Berkarborana. Seterusnya Cef Dee Dee menjemput seorang pelakon dan juga model, iaitu Azriel Ismail, dan peminatnya yang bernama Hanaqi, untuk menyertai rancangan masakannya. Hidangan yang mereka perlu masak dalam episod ini ialah Kubis Gulung Sayur-Sayuran.
Kemunculan pelakon Nazeera Sardi dan peminatnya, Zack memasak hidangan Cous-cous Oren Ikan Jenahak secara berasingan. Adakah Zack sebagai peminat memberi peluang mudah kepada artis kegemarannya menang?
Peminat pelakon yang kini dikenali sebagai penyanyi, Naim Daniel muncul bersama-sama peminatnya bernama Tasha, untuk menyertai rancangan masakannya ini. Mereka beradu keupayaan memasak Pau Ayam Mangga.
Saksikan juga kehebatan artis Riena Diana dan peminatnya, Mira akan memasak menu Pasta Salmon Kukus Beryogurt, penyanyi Jazz, iaitu Megat Rahim bersama-sama Farid menyediakan Sup Brokoli Nasi Berkeju, Eyra Hazali dan Tasha memasak Nasi Kukus Ayam Halia, Andi Bernadee dan peminatnya Ain menyediakan Puding Nasi Jagung Manis Gula Melaka.
Kemunculan Ara Johari dan peminatnya Lia pula berkongsi menu Sup Udang Perancis Kacang Kuda, Asad Motawh dan Alif bertanding menu Sup Serai Sotong Nanas, Sissy Iman dan Alia memasak Sup Bayam Krim Keju dan episod akhir bersama-sama Tash Yong dan peminatnya Ikmal, menyertai rancangan masakan ini dengan menu Sup Daun Lik Kacang Badam.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.