Bila Raya menjelang, semestinya ramai antara kita tak sabar nak balik kampung jumpa keluarga tercinta. Tapi, dalam keterujaan tu, jangan lupa untuk bersiap dengan lebih bergaya dan bijak berbelanja. Tahun ini, AirAsia MOVE Duty-Free hadir dengan tawaran eksklusif sempena Hari Raya yang bukan sahaja membuatkan anda tampil lebih bergaya, malah memberi peluang untuk menyokong jenama-jenama tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Sokong Jenama Tempatan, Tampil Bergaya Dengan Lebih Bermakna
Sempena musim perayaan ini, AirAsia MOVE bukan sahaja memudahkan anda mendapatkan barangan bebas cukai ketika melancong, malah turut mengetengahkan produk-produk tempatan berkualiti tinggi dari jenama terkenal seperti Alha Alfa, CARYA Cosmetics, The Overthink Co., B&B Labs, ACAYA dan banyak lagi.
Menurut Lalitha Sivanaser, Ketua Pegawai Duty-Free di AirAsia MOVE, setiap perjalanan balik kampung untuk menyambut Raya adalah satu momen istimewa. Katanya:
“Setiap perjalanan pulang untuk Raya bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi satu perayaan dengan adanya kasih sayang, keluarga, dan tradisi. Di AirAsia MOVE Duty-Free, kami ingin menjadikan perjalanan pulang anda lebih istimewa dengan hadiah bermakna serta penjimatan eksklusif. Kami berbangga dapat menyokong usahawan tempatan dengan mengetengahkan bakat-bakat tempatan. Raikan Hari Raya bersama kami dengan berbelanja produk tempatan dengan penjimatan eksklusif. Setiap pembelian anda membantu jenama-jenama ini berkembang, menjadikan hadiah anda lebih bermakna.”
Bermula sekarang hingga 3 April 2025, anda boleh menikmati diskaun sehingga 30% dengan hanya menggunakan kod promo RAYA30 ketika pembayaran — dengan syarat pembelian minimum RM300. Best kan?
Gaya Raya Lebih ‘On Point’ Dengan Koleksi Pilihan Ini!
Kalau anda tercari-cari produk yang sesuai untuk melengkapkan gaya Raya tahun ini, berikut adalah beberapa pilihan yang memang menarik di AirAsia MOVE Duty-Free:
1. Eid-ssential – Keperluan Wajib Raya Anda!
- ZOE ARISSA
Jenama tempatan yang semakin mencuri perhatian ini menawarkan koleksi elegan untuk anda tampil sopan dan bergaya. Antara yang paling laris ialah Idris Shimmer Coquette Shawl (Coffee) dan Hanabi Curved Laser Cut Printed Shawl (Red) – dua helai tudung cantik ini boleh dimiliki dengan harga hanya RM90! Memang berbaloi untuk gaya feminin dan trendy. - ASIAN SCENTS CO.
Bau-bauan nostalgia seperti Teh O Ais Limau kini boleh anda nikmati dalam bentuk lilin wangi dan semburan bilik. Lengkapkan suasana Raya dengan ASIAN SCENTS CO. Candle Set dan Room Spray, yang boleh ditempah lebih awal atau dibeli semasa dalam penerbangan. Haruman yang bukan sahaja menenangkan, malah membangkitkan kenangan indah bersama keluarga. - THE OVERTHINK CO.
Kalau anda sukakan produk penjagaan diri, anda wajib cuba Relaxation Set yang terdiri daripada enam item penjagaan diri. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat seketika dari kesibukan kota. Apa yang lagi best, anda boleh nikmati diskaun sehingga 65% kalau buat prapesanan awal. Perfect untuk kesegaran sepanjang musim balik kampung!
2. Eid-lluminating – Tampil Berseri Di Pagi Raya
- CARYA BEAUTY
Set berus mini yang comel ini sangat sesuai untuk solekan pantas yang flawless. Dengan potongan harga 55%, anda boleh dapatkan asas solekan yang sempurna dan natural — tak perlu filter pun dah cantik dalam gambar! - B&B LABS HEALTHY SKIN DISCOVERY SET
Nak kulit berseri sepanjang Raya? Set ini direka khusus untuk menjaga keseimbangan mikrobiom kulit supaya kekal sihat dan terhidrat walaupun cuaca panas atau sibuk beraya. Saiznya juga mesra travel, jadi senang dibawa ke mana-mana. - ALHA ALFA
Jenama ini memang tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Dapatkan Lip Booster yang bukan saja buat bibir nampak segar dan menawan, tetapi juga melembapkan dan mudah dipakai bila-bila masa. - ACAYA
Jangan lupa penampilan menarik juga datang daripada senyuman menawan. Gunakan ubat gigi ACAYA untuk kesegaran mulut yang tahan lama dan gigi yang sihat. Sesuai untuk yang nak tampil penuh keyakinan sambil beraya dari rumah ke rumah.
3. Eid-ssesories – Aksesori Manis Penambah Gaya
- CELOVIS PARIS
Jenama tempatan yang membawa sentuhan mewah dan elegan ini menawarkan aksesori cantik seperti Everlast Heart Link Bracelet, Athena Classic Bracelet, dan Pink Oceane Necklace – semua dalam rona rose gold yang classy dan sesuai dipadankan dengan busana Raya anda. Dengan harga RM240 seutas, atau dua item hanya RM399, memang rugi kalau tak grab semasa dalam penerbangan atau melalui app AirAsia MOVE.
Muat Turun Aplikasi AirAsia MOVE Untuk Urusan Lebih Mudah
Untuk pengalaman membeli-belah bebas cukai yang lebih lancar dan menyeronokkan, muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Anda juga boleh ikuti perkembangan terbaru AirAsia MOVE di Instagram & TikTok (@airasiamove) dan di X (@airasia) untuk promosi menarik dan update terkini.
Apa Kata Budiey?
Budiey rasa, inisiatif dari AirAsia MOVE Duty-Free ini memang satu langkah yang sangat baik. Bukan sekadar memberikan platform untuk jenama tempatan mengetengahkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas, malah ia turut menyuntik semangat cintakan produk buatan Malaysia di kalangan pengguna.
Dalam keseronokan menyambut Raya, jangan lupa untuk menyokong jenama-jenama lokal ini. Ia bukan saja memberi impak besar kepada para usahawan tempatan, malah anda juga dapat menikmati produk berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi? Belanja sambil menyokong, bergaya sambil berhemah – hanya di AirAsia MOVE Duty-Free!