Dengan percutian perayaan yang terbesar di Asia Tenggara – Songkran dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, ahli airasia Super App boleh menggunakan kebaikkan airasia rewards secara maksimum kerana ia menawarkan sepasang tiket penerbangan ke mana-mana sahaja yang terdapat dalam jaringan penerbangan AirAsia** yang bernilai RM5,000 untuk mata tertinggi yang diperoleh di setiap negara yang mengambil bahagian mulai sekarang hingga 15 April 2023!
Sepanjang tempoh kempen ini, ahli juga boleh memperoleh enam kali (6x) mata airasia untuk setiap transaksi di airasia Super App menggunakan kad kredit airasia, dari penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan lebih banyak lagi. Gunakan mata airasia seperti wang tunai untuk menebus tiket penerbangan, penginapan hotel, dan juga tawaran gaya hidup dengan rakan-rakan eksklusif kami.
Pengguna yang tidak menggunakan kad kredit airasia juga boleh memperoleh 50% mata airasia bonus untuk transaksi anda dengan rakan-rakan gaya hidup dan perkhidmatan kewangan kami. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati lebih banyak nilai hebat apabila anda menggunakan mata airasia untuk membayar segala transaksi anda di airasia Super App.
Pada tahun yang lepas, pengguna airasia Super App telah disajikan dengan pelbagai acara dan ganjaran hebat, termasuk pemberian satu juta mata airasia percuma di acara Nihon Matsuri, Kuala Lumpur yang menyajikan gastronomi Jepun berserta pameran tradisi, kebudayaan dan seni persembahan Jepun di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Penumpang di pesawat AirAsia AK378 juga turut dihiburkan dengan Parti di Udara pada November lepas dengan penampilan khas DJ Bate dan Airliftz. Bukan setakat dihiburkan dengan parti 30,000 kaki atas air seumur hidup ini malah airasia rewards juga telah memberi 200,000 mata airasia secara percuma kepada semua penumpang!
Bersempena Hari Kekasih bulan lepas, airasia rewards meraikan momen romantis ini bersama penumpang yang menaiki pesawat AirAsia dari Jakarta ke Bali di samping menghadiakan mereka dengan surat cinta #BALIntine, coklat dan sejumlah 385,000 mata airasia kepada semua tetamu.
Ikuti perkembangan terkini dari segalanya airasia Super App dengan mengikuti @airasiasuperapp di Instagram/TikTok atau @airasia di Twitter/WeChat/Weibo. Untuk peerkembangan terkini airasia rewards, termasuk acara akan datang dan pelancaran ciri-ciri baharu, sila ikuti @airasiarewards di Instagram dan “airasia rewards” di Facebook dan LinkedIn.
Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery
*Tempat duduk tidak termasuk cukai lapangan terbang, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Hanya penerbangan AK, FD, Z2 dan QZ tersedia. Tidak berkenaan dengan penerbangan AirAsia X atau Thai AirAsia X.