[dropcap]C[/dropcap]hup tarikhnya! Pesta Coca-Cola Collectors Fair kini kembali dengan menampilkan lebih daripada 40 kolektor bersemangat yang akan memaparkan dan membuat pertukaran memorabilia Coca-Cola.
Walaupun warna merah lebih terserlah dalam acara ini, namun demi menggalakkan gaya hidup hijau, 50 orang yang paling awal hadir dengan 20 tin aluminium Coca-Cola kosong yang bersih atau 10 botol plastik PET boleh menebus t-shirt Coca-Cola edisi istimewa yang direka khas daripada botol PET dikitar semula. Datanglah awal kerana stok adalah terhad!
[pullquote align=”right”]Acara Coca-Cola Collectors Fair 2013 akan diadakan pada hari Ahad, 12 Mei, dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam di LG Concourse, Berjaya Times Square, penaja lokasi yang rasmi bagi acara ini.[/pullquote]
Para kolektor akan menggunakan kesempatan ini untuk mempamerkan dan menukar barangan Coca-Cola sesama sendiri – antaranya, tin, botol, poster retro, set kotak peringatan, magnet peti sejuk, pembuka botol, patung polar bear – kesemuanya membawa ikon Coca-Cola yang popular itu.
Para kolektor dari seluruh Malaysia, dan sejauh Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand, akan menggayakan koleksi mereka untuk membuktikan kehebatan masing-masing sebagai pemungut memorabilia Coca-Cola yang sebenar.
Acara tahunan yang istimewa ini diadakan buat kali ketiga sejak 2011 untuk memberi penghargaan kepada kolektor barangan Coca-Cola sempena Hari Coca-Cola untuk memperingati julung kalinya Coca-Cola dipasarkan di Atlanta, Georgia pada tahun 1886.