Pada pagi 30 Ogos lalu, tatkala hati teruja untuk melaungkan kalimah keramat MERDEKA di Dataran Merdeka, Budiey telah menerima satu bungkusan kurier.
Ianya berisi sebuah buku kecil yang comel mengisahkan tentang Malaysia, 50+1 Malaysia. Ianya dihantar jauh dari Melaka oleh QuaChee.
Wah! Irnoninya… buku yang katanya mesti dibaca oleh semua orang Malaysia ini sampai di tangan Budiey tatkala sambutan perayaan kemerdekaan negara kita menjelang 51 tahun!
Terima kasih Quachee kerana sudi menghantar buku ini kepada Budiey. QuaChee juga bersetuju untuk memberikan buku ini kepada pembaca Sensasi Selebriti menerusi satu peraduan.
Untuk pengetahuan, Quachee adalah seorang remaja yang masih berusia 26 tahun dan nyata telah berjaya merealisasikan impiannya untuk menyumbang sesuatu untuk negara.
Usahawan impian itu telah menerbitkan sebuah lagi buku untuk negaranya yang tercinta berjudul 50+1 Malaysia. Seandainya buku terbitannya yang pertama, Batik Inspirations merupakan gabungan batik, fesyen Malaysia, dan citrawarna Malaysia sebagai latar, 50+1 Malaysia pula telah menampilkan satu kelainan yang totally berbeza!
Sebanyak 7 segmen berbeza diperkenalkan dalam buku panduan pengembaraan hiburan ini, malahan kebanyakannya berkaitan dengan rakyat Malaysia. Sebagai contohnya, segmen 50+1 Malaysian menampilkan perkara-perkara unik Malaysia – dari Manglish dan terma-terma Malaysia seperti lah, alamak, syiok dan kawtim. Selain itu, angpaw dan duit raya, beca, along dan 4D Nombor Ekor turut ditampilkan. Menarik dan tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku.
Segmen 50+1 Malaysia Food merupakan segmen di mana rakyat Malaysia akan rasa dekat di hati – dengan makanan dari pelbagai kaum termasuk peranakan Baba dan Nyonya, makanan dari Kelantan dan Terengganu termasuk Sabah dan Sarawak.
Sepertimana segemen 50+1 Food, 50+1 Places, 50+1 Things To Do dan 50+1 Festival & Events merangkumi keseluruhan Malaysia.
“Perkara yang sukar adalah untuk memastikan semua tempat diliputi sepenuhnya.”
Budiey yakin rakyat Malaysia akan merasa sangat teruja, kerana walaupun kita menyangka kita tahu segalanya tentang Malaysia tetapi banyak yang kita perlu selongkari. Ia seperti gunung yang belum ditarah. Selain kelima-lima segmen ini, Qua Chee turut memperkenalkan dua lagi segmen iaitu memperkenalkan bintang selebriti Malaysia yang begitu digemari oleh QuaChee.
Bukan senang untuk menerbitkan buku sekecil ini. Cabarannya adalah untuk menemuramah selebriti-selebriti Malaysia (Penyanyi, Pelakon, Model, Pengarah dan personaliti Sukan). Ini termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Amber Chia, M. Nasir, Maya Karin, Sheila Majid, Yasmin Ahmad, Datuk Nicole David dan angkasawan Datuk Sheikh Muzaphar.
Selain itu, Michael Wong, Fish Leong, Nicholas Teo dan Gary Caoge yang bermastautin di Taiwan turut ditemuramah.
“Amat mencabar untuk menemuramah banyak bintang selebriti Malaysia. Tetapi saya bangga kerana kita berjaya menunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai bakat dari segi kualiti dan kuantiti. Satu hari nanti, negara kita akan menjadi negara yang cool di mana bakat-bakat kita akan dikenali di dalam dan di luar negara. Malaysia akan menjadi negara yang dipandang tinggi.”
Segmen terakhir ialah Love Expression yang bertujuan untuk mendedikasikan rasa cinta terhadap negara. 50+1 Love Expression membawa rakyat Malaysia bersama untuk berkongsi rasa cinta terhadap negara melalui fotografi atau ungkapan kata-kata.
“Yang menariknya terdapat individu yang menghantar cakecup, yang dibuat khusus untuk Malaysia. Kita juga menerima kiriman dari luar negara yang membuat lukisan seni dan ianya amat menakjubkan untuk melihat rakyat Malaysia dan rakyat asing dari semua sudut dunia berkongsi rasa cinta terhadap negara.”
Apa Ada Dengan 50+1 Malaysia?
Budiey rekomenkan kepada korang supaya memiliki buku ini. Kenapa? Haa, Budiey nak cerita sedikit untuk korang…
Buku ini terbahagi kepada 7 topik. Setiap satu dengan 51 subtopik. Segmen-segmen dalam buku ini:
- 50+1 Truly Malaysian: Confirm Malaysia One
Budaya dan tradisi Malaysia yang unik contohnya, terma Malaysia seperti Lah, belanja, Malaysia boleh, duit raya, angpow dan sebagainya. - 50+1 Food: Very Sedap One
Senarai masakan terbaik Malaysia dari semua etnik bangsa termasuklah masakan Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak. Malah rakyat Malaysia yang merasakan mereka tahu banyak tahu tentang makananakan mengalami penemuan baru. - 50+1 Places: Definitely Must See
Panduan tentang 51 tempat-tempat terbaik yang patut dikunjungi oleh semua rakyat di Malaysia. Ini bukan hanya dicadangkan oleh kami tetapi rakyat Malaysia sendiri samada kampung halaman mahupun tempat yang mereka lawati. - 50+1 Things To Do: How To Explore Malaysia
Perkara tersebut akan memberikan keseronokan kepada kehidupan dan pengalaman seseorang. Baca dan lihat apa yang rakyat Malaysia lakukan dari aktiviti pantai kepada mendekati hutan semulajadi dan aktiviti-aktiviti lain. - 50+1 Festivals & Events: How We Celebrate
Mengenali perayaan, budaya dan aktiviti zaman moden yang menjadikan Malaysia indah sepanjang zaman. - 50+1 Malaysian Now That What I Called Talent
Bacalah temuramah dengan Datuk Michelle Yeoh, Datuk Siti Nurhaliza, Mawi, Michael Wong, Angkasawan Negara Datuk Sheikh Muzaphar Syukor dan ramai lagi bintang-bintang dan selebriti Malaysia. Ketahuilah juga apa yang mereka sukai tentang Malaysia. - 50+1 Love Expression: Dedication To Malaysia
Pameran cinta dari lukisan ke ciptaan baru yang merupakan deklrasi cinta terhadap negara. Rasailah keajaiban kasih sayang rakyat negara terhadap Malaysia
10 fakta menarik tentang buku 50+1 Malaysian:
- 90% gambar-gambar dalam buku ini dihantar oleh orang ramai. Ini disebabkan keingiinan penerbit menghasilkan sebuah buku oleh rakyat
- Selain rakyat Malaysia, rakyat USA, UK, Australia, Jerman, Jepun, India dan Singapura turut berkongsi kegemaran mereka dalam buku.
- 37 selebriti telah ditemuramah dan megnambil masa 5 bulan untuk disiapkan. Ini merupakan segmen paling mencabar dan mengambil masa paling lama.
- Projek ini mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Dua kali lebih lama dari Buku Batik Inspirations.
- Setiap segmen mengambil masa 2-3 minggu untuk disiapkan. Lebih 400 orang telah menghantar kiriman info untuk buku ini.
- Setiap penyumpang dan gambar yang dipilih telah dihadiahkan dengan buku ini.
- Warna yang terdapat pada kulit buku ini merupakan empat warna bendera Malaysia.
- Sebelum kulit buku ini ditentukan telah dibuat 100 kali semakan.
- Draft pertama buku ini berjumlah 300 muka surat iaitu 50% lebih daripada target asal.
- Apabila penyumbang menghantar gambar mereka tidak diberitahu tentang sebarang balasan atau hadiah. Ini untuk menunjukkan bahawa gambar-gambar tersebut merupakan asil dan dihantar dengan hati yang ikhlas.
Harganya RM19.90 – berada di kedai buku utama & juga melalui laman web (free delivery) 🙂
Kepada blogger yang ingin menang buku ini, silalah ke sini.