in ,

Dapat Duit I-Sinar, 6 Beradik Sepakat Beli Gelang Emas Hadiah Buat Ibu Tercinta

Umum sedia maklum bahawa kumpulan pertama pemohon I-Sinar telah diterima oleh rakyat Malaysia. Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat membangun kembali ekonomi susulan kegawatan yang berlaku disebabkan pandemik Covid-19.

Susulan daripada itu, seorang pengguna media sosial telah menggunakan sebahagian wang I-Sinar yang diterima untuk menggembirakan hati ibu tersayang dengan menghadiahkan barang kemas baharu buat insan istimewa itu.

https://www.tiktok.com/@anggun_juwita/video/6915043100985429249?sender_device=pc&sender_web_id=6816684058904659457&is_from_webapp=v2
https://www.tiktok.com/@anggun_juwita/video/6915178069401685249?sender_device=pc&sender_web_id=6816684058904659457&is_from_webapp=v2
https://www.tiktok.com/@anggun_juwita/video/6915245094333418753?sender_device=pc&sender_web_id=6816684058904659457&is_from_webapp=v2

Menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi Tiktok Norsilawati Mohamad, dia berkongsi dengan adik-beradiknya untuk membeli hadiah buat ibu mereka menggunakan wang yang diterima.

Selepas menerima wang tersebut dia dan beberapa adik-beradiknya bergegas ke kedai emas dan membuat kejutan kepada ibu mereka dengan memberikan seuntai gelang emas bersaiz besar.

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yng tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.

Tambah Norsilawati lagi, senyuman dan tangisan kegembiraan ibu adalah satu kebahagian buat mereka kerana paling tidaknya dapat menyenangkan hati insan tersayang menggunakan duit daripada I-Sinar itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa terharu diatas kejutan yang dilakukan oleh pengguna Tiktok itu kepada ibunya.

Mereka juga sempat menitipkan pesan supaya terus menggembirakan hati ibu tersayang semasa insan itu masih lagi ada bersama keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Minta Bahu Ditutup, Rupanya Pavithra Pernah Pakai Gaun Sama Dengan Natasha Hudson

Projek CSR Fasa 3.0 Sumbangan Ikhlas NILAI KASIH – SELALU DI JIWA Bantu Mek Habshah