Hampir dibatal susulan penularan wabak COVID-19 dalam negara, pertandingan nasional Bintang Ai @ RTM 2020 berjaya disempurnakan dengan persembahan mengagumkan dan tahap kepatuhan SOP yang amat tinggi.
Pertandingan ini telah bermula sejak bulan Jun dan meletakkan titik noktahnya pada 10 Oktober lalu, jam 9 malam di Auditorium Perdana, RTM Angkasapuri. Bagi mengelakkan himpunan secara beramai-ramai, pertandingan peringkat akhir ini diadakan tanpa penonton tetapi disiarkan secara langsung di TV2 dan Facebook rasmi Ai FM.
Walau bagaimanapun, pertandingan akhir ini tetap dimeriahkan oleh barisan tetamu Siti Nordiana, Hael Husaini, dan Pong Pong, serta barisan juri Timbalan Pemimpin Orkestra RTM Luqman Aziz, Datuk Syafinaz Selamat, Chee Paul Wah dan Jovi Theng. Penyanyi terkenal Shila Amzah turut hadir sebagai salah seorang juri pada malam itu dan mempersembahkan lagu Tiada Dirimu & Xiang Ni De Ye.
Selain Daniel, Annabella Chua telah memenangi naib juara dengan ganjaran tunai RM 7 ribu dan Yuii Chan tempat ketiga dengan ganjaran tunai RM 5 ribu. Annabella Chua juga dianugerah Bintang Popular Media Sosial. Para finalis pula dihadiahi pakej percutian persendirian daripada Summer Bay Resort, Terengganu bernilai RM1388.
Pertandingan akhir ini dibahagi kepada tiga bahagian, persembahan solo para finalis, persembahan duo, dan nyanyian berkumpulan bersama tetamu jemputan (Siti Nordiana dan Hael Husaini).
Kesemua lagu yang dipersembah merupakan ciptaan tempatan. Saksikan FB live pertandingan ini di Facebook rasmi Ai FM: AiFM.Malaysia ataupun siaran ulangan di TV2 pada 15 Oktober 2020 (Khamis), jam 10 pagi.