Aktif dalam menuntut pembelajaran, Danial Chuer, artis tanah air yang kini gian menempa nama dalam industri hiburan tempatan akan menerajui rakan-rakan kuliah Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA dalam satu pembikinan konsert komposisi bertajuk Filomuzika: Kaleidoscope pada 5 Januari 2024 yang akan datang.
Konsert Filomuzika: Kaleidoscope ini merupakan satu platform untuk mengetengahkan lapan (8) hasil komposisi baharu serta tujuh (7) buah lagi lagu susunan semula pelajar-pelajar Sarjana Muda Muzik (Komposisi), UiTM.
Disenangi oleh rakan-rakannya dengan sifat kepimpinan yang ada dalam diri Danial Chuer, anak muda ini telah diberi kepercayaan untuk mengetuai Persatuan Pelajar Muzik Komposisi (MCS) di Konservatori Muzik, UiTM.
Terbuka kepada orang ramai, tiket konsert Filomuzika: Kaleidoscope boleh diperoleh di laman sesawang FINEPay UiTM. Sebuah konsert mesra anak-anak serta keluarga, konsert ini akan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis tanah air seperti Ranisha Faizul, Afiq Adnan, Ash Fasryll serta artis jemputan khas, Aisha Retno.
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan pemasaran dan matlumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemasaran Filomuzika:Kaleidsocope di +6013-3811881, Encik Ilham Ibrahim.
Informasi berkenaan Filomuzika: Kaleidoscope:
Konsert ini diinspirasikan daripada alat ‘Kaleidscope’ iaitu satu alat optik yang menghasilkan kesan visual simetri yang pelbagai menggunakan pantulan cermin sehingga menghasilkan aneka corak warna yang indah. Bertuntaskan idea ini, konsert Kaleidoscope akan mempamerkan pelbagai unsur seperti melodi, harmoni, irama dan instrumen yang mengetengahkan genre muzik seperti klasik, kontemporari, tradisional, elektronik dan runut bunyi.