in , , ,

Dana Filem Kenegaraan Tidak Diluluskan, U-Wei Kesal Campur Tangan Ahmad Idham

PENGARAH tersohor, U-Wei Saari, meluahkan rasa kesal apabila permohonannya mendapatkan Dana Kandungan Digital untuk filem kenegaraan, Wangi Jadi Saksi, sebuah karya arahannya tidak diluluskan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Pengarah terkenal, U-Wei Saari, 67, mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri apabila tidak meluluskan projek filem kenegaraan yang dibentangkannya pada 16 Mac lalu.

Menurut U-Wei dalam kenyataan dikeluarkannya, dia tidak faham kenapa Ahmad Idham campur tangan dalam keputusan terbabit sedangkan sesi pembentangan filem berjudul Wangi Jadi Saksi itu dinilai seorang wakil Finas dan dua ahli akademik.

Dana Filem Kenegaraan

“Tidak ada satu soalan ditanya dan selepas pembentangan saya bertanya lagi, jika ada soalan atau keraguan dan mereka hanya menunjukkan ibu jari tanda semuanya baik. Saya tekankan di sini, mereka dipilih Finas ini adalah orang-orang pakar dipercayai dan mereka ilmuan yang saya dihormati. 

“Kala saya menerima berita penolakan, saya sebenarnya di antara tidak terkejut dan terkejut juga. Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan selepas kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua pakar itu. 

“Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan, selain menunjuk kuasa anda. Setahu saya, selama saya membikin filem, saya tidak sedar atau tahu akan kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya filem bermutu tinggi atau dalam kata lain sebuah filem yang boleh diterima di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pengarah filem Hanyut itu juga berharap keputusan tidak meluluskan projek terbabit bukan dipengaruhi sikap prejudis Ahmad Idham. Ia gara-gara beliau pernah menolak cadangannya untuk memimpin sebuah persatuan baharu dan menolak ziarah Finas.

“Sekali lagi, saya tidak bersetuju dengan rancangan Finas di bawah pentadbiran saudara. Oleh itu, saya harap perasaan prejudis saudara (jika ada) tidaklah digunakan untuk mempengaruhi keputusan terhadap permohonan saya.

“Jadi jika saudara turut serta dalam pemilihan dan penentuan projek mana patut diluluskan atau tidak dengan menggunakan kuasa veto untuk permohonan saya, sekali gus saudara sudah menghina kebijaksanaan panel dilantik Finas sendiri,” katanya.

U-Wei juga menyatakan rasa tidak percayanya apabila pencapaian diraihnya dalam bidang perfileman selama ini seakan dibelakangkan untuk membuat keputusan itu. Baginya, profil yang dibina sudah cukup kuat untuk projek itu dan layak diluluskan.

“Saya tidak selesa untuk menyenaraikan pencapaian saya atau apa saja kejayaan dalam  bidang ini. Tetapi, filem kenegaraan harus mendapat perhatian di luar negara dan ini boleh dicapai menerusi jemputan ke festival-festival filem antarabangsa yang relevan, sekali gus meletak filem kita ke dalam peta  filem dunia.

“Akan menjadi nilai tambah jika sesebuah produksi mendapat perhatian dari awal yang selalu membikin pihak festival penasaran apabila mendapat tahu seseorang pengarah memulakan sesebuah projek filem,” katanya.

Ujar U-Wei, Ahmad Idham juga perlu memikirkan semasak-masaknya apa saja keputusan yang dilakukan berkenaan perfileman terutama perfileman tanah air.

“Filem kita adalah jiwa kita. Jiwa yang besar. Ini adalah demi maruah filem kita jika kita ingin berpencak di persada dunia. Kita harus berkelakuan antarabangsa, jika kita mahu dilihat antarabangsa,” katanya.

Biodata U-Wei Bin Haji Saari

Pulang dari pengajian filem di New School of Social Research New York saya mengarah 16 drama TV kemudian memulakan filem pertama saya ‘Perempuan Isteri dan Jalang’ pada tahun 1993 dan mengendali program rancangan Jazz di Radio and Television Malaysia (RTM). Saya juga menulis dan mengarah pentas dan menulis column mingguan di akbar ‘Watan’.

Filem saya telah diundang ke festival di Singapura, Indonesia, Kalkutta, New Delhi, Kerala, Da Naang, Phenom Phemn, Korea Utara, Pusan, Manila, Tokyo, Dubai, Australia, Cannes, Nantes, Berlin, Fribough, New York, Telluride, Rotterdam, Warsaw Poland, Brussels dan lain-lain lagi.

Dua filem saya adalah official selections di Cannes International Film Festival dan filem saya pernah merangkul anugerah filem terbaik, pengarah terbaik, penulis skrip terbaik dan anugerah-anugerah lain di Malaysia, Belgium dan Cambodia.

Nantes Filem Festival (France) pada 2001 membuat satu retrospective kerja filem-filem saya.

Filem:
Perempuan Isteri dan Jalang (1992) Black Widow Wajah Ayu (1994) Kaki Bakar (1995)
Jogho (1998)
Buai Laju-Laju (2005)
Hanyut (2017)

Filem pendek:
Sepohon Rambutan Indah Kepunyaanku di Tanjong Rambutan (2006) Satu Fragmen Satu Nota (2015)

Teater:
Bakai by Euripedes – TownHall Kuala Lumpur (1997) Wangi Jadi Saksi – Auditorium DBP (2005)
Wangi Jadi Saksi – The Esplanade Singapura (2007) Satu Kutipan – The Store DBP Kuala Lumpur (2009) Pokok – Auditorium DBP (2018)

Mentor:
Oktober 2008, one of the creative advisers for ‘The 4th Middle East Screenwriters Lab’ for The Royal

Film Comission Jordon under Sundance Institute.
Mentorship IPCC 2008 Animation Category (a program by MDEC)
Creative Adviser ‘Asia Pacific Screen Lab’ at Griffith University in Brisbane Australia 2015 dan 2016. August 2018 mentorship program ‘Asia Pacific Screen Lab’ in Pulau Pinang.

Kurator Seni:
Taman Syifa’ (solo Abu Bakar Idris) – Galeri Chandan 2010 Wayang U-Wei Jadi Saksi – Balai Seni Negara 2011
Wajah M50 Kini – Galeri Morne 2013
Jumping Jack Flash – Galeri Morne 2014
Kali Ini Kita Bersama – Galeri Morne 2014
Wayang U-Wei Hanyut Merentasi Saksi – Galeri Petronas 2016/17 Kali Ini Kita Bersama II – Galeri Morne @Balai Seni Negara 2019

Kurator untuk bacaan puisi:
Merai Sutung Umar RS (Ratip Kalbu) – Wisma ITBM 2016 Merai SM Zakir: Perjalanan Sang Zaman – Wisma ITBM ‘17 Merai A Samad Said – Kelab Taman Tesek 2017
Sepetang Meraikan Khalid Salleh – Wisma ITBM 2018

Kurator Program:
Brisbane Asia Pacific Film Festival 2015

Juri:
Singapore International Film Festival 2002 dan 2003.
Asia Pacific Film Festival Kuala Lumpur 2004,
Cinemanila International Film Philipine 2006/07,
World Cinema Sundance Film Festival USA 2007,
Bakat Muda Sezaman Balai Seni Lukis Negara Malaysia 2006/07 International Film Festival 2007,
Cinemalaya Filem Festival Philipines 2009,
SAARC Film Festival Colombo Sri Lanka 2014
Juri Asia Pacific Screen Awards di Brisbane Australia 2015

‘Script To Screen Film Workshop’ di Kuala Lumpur anjuran Motion Picture Association (MPA), FINAS, Asia Pacific Screen Awards, Artisan Gateway dan Wildsnapper 2019.

Ketua Juri:
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 & 2008 8th Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2013
AIFFA Kuching Sarawak 2013 & 2015 & 2017 & 2019 Urban Film Festival Tehran Iran 2017
Festival Filem Malaysia 2019

Nomination Council:
Asia Pacific Screen Awards Brisbane Australia 2016 & 2019

Buku:
Wangi Jadi Saksi – Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 Thirty Art Friends – Appreciating Asian Art 2010
Wayang U-Wei Jadi Saksi – Balai Seni Visual Negara 2011 Wajah M50 Di Galeri Morne – ITBM 2014
Art Friends 2 – Collecting Southeast Asian Art 2014 Jumping Jack Flash – ITBM 2015
Hanyut, A Journey – ITBM 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zali Rusli Akui Kini Sudah Bersedia Berhadapan Cabaran

Nabila Razali & Hafiz Hamidun Dah Berbaik, Netizen Mahu Janna Nick & Sheila Rusly Pula Bersua