Semenjak konflik bersenjata meletus di Syria 11 tahun yang lalu, ia telah mengakibatkan lebih dari 5 juta rakyat Syria menjadi pelarian di luar negara manakala lebih dari 6 juta di dalam negara sendiri. Turki menjadi negara paling banyak menerima pelarian dari Syria dengan jumlah lebih dari 3.7 juta orang manakala Lubnan menerima 839,788.
Menurut UNHCR ramai antara mereka telah kehilangan pekerjaan semenjak wabak Covid-19 melanda. 9 dari 10 pelarian Syria di Lubnan kini hidup di bawah paras kefakiran. Kawasan perkhemahan pelarian secara rasmi tidak wujud di Lubnan yang menyebabkan mereka hidup merempat bertaburan di sekitar kawasan luar dan pinggiran bandar. Majoriti dari mereka terpaksa bersesak-sesak berkongsi tempat tinggal di kawasan yang sudah sedia ada sempit.
Lokasi agihan kempen di Lubnan kali ini merupakan tempat yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan sangat daif dan serba kekurangan.
Butiran berkaitan kempen adalah seperti berikut :
- Sasaran keseluruhan: RM4,200,000.00
- Sasaran penerima manfaat : 720,000 orang.
- Tempoh: 15 Feb 2021 – 2 Mei 2021
- Lokasi agihan di Lubnan: i. Tripoli. ii. Arsal
- Bentuk bantuan : Pek Makanan Kering.
- Aktiviti : i. Agihan pek makanan.
ii. Berbuka puasa bersama pelarian.
iii. Ziarah ke khemah pelarian.
- Kaedah Sumbangan:
- Sumbangan terus secara online di pautan :
- https://donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain
ii. Sumbangan menerusi akaun bank Syria Care.
- Maybank : 562106653575
- CIMB : 8601894560
iii. Sumbangan/Tajaan dari syarikat korporat, agensi dan pertubuhan.
iv. Kerjasama dalam membantu usaha Syria Care mengumpul dana.
Bagi memastikan bantuan bekalan dan agihan makanan dilaksanakan serta disampaikan kepada sasaran dengan berkesan, satu misi kemanusiaan oleh pasukan kakitangan Syria Care telah dirancang. Mereka akan bertolak beberapa hari sebelum bulan Ramadan menjelang bagi melihat sendiri persediaan dapur dan bahan bantuan dipersiapkan oleh rakan NGO tempatan di Syria. Pasukan misi juga akan terus berada di bumi Syria pada minggu pertama Ramadan untuk bersama mengurus selia proses pelaksanaan agihan bantuan.
Pasukan misi Syria Care seterusnya akan bertolak ke Lubnan pada 10hb April, 2022 manakala Anuar Zain akan bertemu pasukan misi di Lubnan dan akan menjalankan misi menyampaikan bantuan kemanusiaan di sana pula selama 7 hari.
Misi pasukan Syria Care juga adalah bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyumbang dilaksanakan dengan baik. Video dan gambar pelaksanaan agihan bantuan sepanjang bulan Ramadan akan dikongsikan kepada penyumbang melalui semua platfom media Syria Care sebagai manifestasi ketelusan pelaksanaan kempen ini.
Untuk makluman, setakat 31 Mac 2022, sumbangan yang diperoleh hanya 12% dari sasaran sebanyak RM4.2juta. Masih banyak lagi sumbangan diperlukan bagi menyantuni keperluan mereka. Kami menyeru orang ramai untuk meneruskan tajaan set iftar dan pek makanan untuk pelarian Syria sepanjang Ramadan ini
Apa itu OderFood?
OderFood merupakan satu inisiatif memudahcara pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian dengan lebih berkesan, teratur dan mudah. Pakej dan harga bantuan makanan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- RM15.00 untuk set iftar.
Hidangan nasi arab, ayam, kekacang, salad, buah-buahan dan minuman yogurt yang boleh dinikmati 3 orang.
- RM150.00 untuk sekotak pek makanan kering.
Bahan makanan asas seperti beras, bijirin gandum, roti, minyak masak, gula, garam, pasta, tepung, kekacang, makanan di dalam tin, keju dan lain-lain mengikut keperluan bagi manfaat sebuah keluarga.
Langkah-langkah untuk membuat sumbangan melalui OderFood adalah seperti berikut:
- Layari www.oderfood.my
- Pilih pakej pesanan anda
▶️ OderFood 15 (set iftar)
▶️ OderFood 150 (pek makanan kering)
- Selesaikan bayaran.
- Pesanan anda akan kami hantar ke Syria.