Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel menafikan syarikatnya menghi1na orang Melayu dan bersifat perkavman selain mendakwa tuduhan itu berunsur sab0taj bagi merosakkan imej perniagaannya.
Menurutnya, pihaknya turut menafikan tudvhan lain termasuk syarikatnya menyalurkan bantuan RM800,000 kepada Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu.
“Penularan gambar serbvan ke atas syarikat kami kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit juga palsv. Gambar tersebut adalah kejadian pada tahun 2018 dan kesemua pekerja Jakel diambil secara sah melalui undang-undang.
“Bantvan RM800,000 yang tular di media sosial juga f1itnah terhadap Jakel pada tahun 2018 yang dibangkitkan semula,”
Katanya, syarikatnya juga tidak terlibat dengan pemilik akaun Facebook Nor Lizah dan Datuk Sri Muzaffar termasuk akaun palsu yang menggunakan logo dan nama Jakel secara tidak sah.
“Sebarang kenyataan bersifat mengh1ina dan berbaur perkavman tidak ada kaitan dengan syarikat Jakel dan ahli keluarga Jakel.
“Pihak Jakel menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan f1itnah tersebut,†kata beliau.
Beberapa hari lalu Jakel menjadi perhatian umum susulan tindakan adik Mohamed Faroz iaitu Muzaffar Jakel yang didakwa memperlekehkan orang Melayu selepas ada netizen yang mempertikaikan tindakan gedung pakaian itu kembali beroperasi pada 4 Mei lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wab4k Covi1d-19.
Faroz telah pun memohon maaf atas salah faham yang berlaku.