in , ,

Dakwaan Izreen Azminda & Intan Dipaksa Daripada Melodi, Penerbit Tampil Cerita Perkara Sebenar

Saya sendiri menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya kami. Tak ada paksaan langsung,” kata Penerbit Melodi, Noradillah Abdullah atau Adeed.

Adeed dihubungi menjelaskan pihaknya sebagai media bertanggungjawab sudah melakukan urusan secara beretika yang betul dan sedikit pun tidak memaksa mana-mana pihak untuk bersetuju. Katanya, jika tak mahu atau belum bersedia boleh sahaja menolak terus.

“Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).

“Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun,”

Ujar Adeed, Melodi juga bukanlah pihak yang cuba nak mempermainkan sesiapa. Katanya, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai.

“Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh.

“Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa,” ujarnya.

Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan. Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, kami akur dan menerima sahaja keputusan itu.

Terdahulu, di media sosial heboh diperkatakan oleh warganet mengenai sesi pertemuan Izreen dan Intan dalam program Melodi Raya kerana kedua-duanya saling bermaaf-maafan.

Malah, Adeed turut menepis dakwaan seorang warganet yang mempersoalkan tindakan pihak Melodi dengan menyifatkan cuba membuli Intan apabila mempertemukannya dengan Izreen pada program itu.

“Kami ada etika. Bukan buli seperti apa yang awak cakap tu. Pertemuan atas persetujuan Intan dan Izreen juga. Sebelum jemput pun, kami sudah fikir,” katanya.

Menurut Adeed, kebanyakan warganet lebih memilih membuat andaian terlalu awal sebelum menonton program itu. Katanya, Intan sendiri ketika ditanya oleh pengacara Melodi, apa yang membuatkannya terbuka hati untuk bertemu menjawab, dia bersikap profesional.

Sehubungan itu, program Melodi Raya yang mempertemukan Intan dan Izreen itu disiarkan di TV3. Ia dihoskan gandingan pengacara Awal Ashaari dan Janna Nick.

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Dalam pada itu, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, berusia dua tahun, selain Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Pelakon drama Hadiah Dari Tuhan itu berkata, dia mengakui jujur memohon maaf yang lahir dari hati sebanyak tiga kali sepanjang pertemuan tersebut.

“Sewaktu dia sampai, saya tegur dulu. Ketika naik pentas untuk memulakan rakaman, saya minta maaf padanya.

Kali kedua ketika rakaman berlangsung dan ketiga sebelum pulang. Malah kami sempat bergambar bersama.

“Harapnya selepas ini baik-baik saja. Sebab saya sudah minta maaf. Walaupun ungkapan maaf itu ringkas, tapi ia ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. Selebihnya terserah pada dia, samada nak maafkan atau tidak,” ujarnya.

IZMINDA

Dihentam Netizen

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin dengan Izreen secara rahsia pada Ogos 2017 sebelum menceraikan Intan pada Mac 2018.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Ude dan Intan mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arish Muqri dan Ariq Muqri.

Hasil perkahwinan dengan Ude yang juga pemuzik, Izreen kini sedang hamil anak kedua selepas dikurniakan cahaya mata pertama, Aaron Ibrahim.

Pernah bermadu, akhirnya dapat minta maaf pada Inta

Menerusi perkahwinan pertama bersama bekas suami Muhamad Riza Baharudin, Izreen dikurniakan cahaya mata sulung Muhammad Adrian Umar.

Baru Lepas Mlnta Maaf Masa Llve, Ada Benda Laln Pula Yang Izreen Azminda Buat Sampai Ramai Perasan

Permohonan maaf yang dibuat oleh pelakon Izreen Azminda kepada bekas madunya Intan Liana di program Melodi Raya yang disiarkan pada Ahad nampaknya menerima pelbagai reaksi.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.

Malah menerusi Instagam, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 35, menulis luahan hati yang menggambarkan niat seseorang diumpamakan seperti surat dan perlu dikirimkan pada alamat yang betul.

“Niat itu seperti surat. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempat. Setiap orang akan kembali kepada apa yang diniatkan. Jadi, betulkan niat.

Padam Permohonan Maaf

Tindakan Izreen Azminda memadam posting permohonan maaf kepada bekas madunya, Intan Saleh selepas program Melodi Raya bersiaran pada Ahad menjadi persoalan netizen.

Menjawab persoalan itu, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, berkata dia memilih untuk menyimpan posting itu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya tidak delete posting itu, ada sahaja… cuma saya archieve. Jangan salah anggap, tidak bermakna posting tu dah tiada, saya tak jadi minta maaf.

“Apa yang saya ucap memang saya maksudkan. Walaupun posting itu dah tiada ia tidak memadam niat awal saya untuk memohon maaf sebab saya cuma nakkan kedamaian… itu sahaja,” katanya.

Walaupun teruk dicemuh disebabkan pertemuan kedua-dua mereka menerusi program hiburan itu, Izreen berkata dia tetap berterima kasih kepada netizen yang masih lagi memberikan sokongan serta kata-kata positif buat dirinya.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada netizen yang beri komen baik-baik pada saya,” ujarnya lagi.

Isu tercetus selepas permohonan maaf yang dibuat Izreen kepada Intan dalam Melodi Raya dianggap tidak ikhlas dan telah menggores hati Intan.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Intan seolah-olah belum lagi memaafkan aktres berkenaan dan memberitahu dia menerima undangan ke program berkenaan atas dasar profesional.

Sekitar tahun 2017, berita perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian netizen.

Izreen menerima k.ecaman netizen dan dituduh per.ampas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Saleh.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan membuat keputusan untuk bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Manakala, Izreen kini hamil lima bulan untuk kali ketiga dan anak keduanya bersama Ude. Sebelum ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2.

Izreen juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar daripada perkahwinan lalunya.

Kredit : Mstar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular, Mujur Nabila Sempat Padam

Cartoon Network Menyajikan ‘KERIANGAN KEJU’ Bersama Tom & Jerry