Set tersebut mengandungi menu seperti 10 keping nuget ayam, fries, sos cajun, sos cili manis dan juga minuman berkarbonat saiz sederhana.
Disebalik kegembiraan orang ramai mengikuti hype ini, sebuah organisasi haiwan telah memuat naik gambar seorang aktivis tidak berpuas hati dengan BTS atas alasan mempromosi ayam yang telah mati.
Lantaran itu, PETA Asia iaitu sebuah organisasi hak haiwan terbesar dunia telah memuat naik gambar beserta kapsyen dimana ada peminat yang kecewa apabila BTS mempromosikan ‘ayam yang mati’ iaitu menu BTS Meal mengandungi nuget ayam.
Menurut kapsyen PETA Asia di sebuah posting yang dikongsi, BTS Meal menawarkan nuget ayam diperbuat daripada daging ayam yang telah diseksa semata-mata untuk dijadikan makanan.
Tambahnya lagi, penyiksaan yang dirasai hidupan seperti ayam haruslah difikirkan setiap kali melihat menu makanan.
Hormat pilihan masing-masing
Namun begitu, ramai yang tidak bersetuju dan mengkritik tindakan PETA Asia membuat posting sedemikian rupa. Rata-rata meminta organisasi itu untuk menghormati pilihan setiap individu kerana tidak semua orang memilih hidup sebagai vegan.
Melampaui batas
Malah, ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan menganggap mereka telah melampaui batas dan menggunakan nama BTS untuk kepentingan agenda mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan mereka menghormati pihak PETA Asia untuk tidak makan daging tetapi seharusnya pihak PETA Asia menghormati pilihan yang diambil orang biasa untuk nikmati daging.
Malah, cara yang ditunjukkan oleh PETA Asia untuk mengetengahkan gaya hidup sebagai vegan turut dikatakan melampau terutama sekali mengecam BTS yang mempromosikan makanan kegemaran mereka.
Untuk rekod, Malaysia menjadi negara Asia pertama yang mula menjual BTS Meal dan menu istimewa ini hanya tersedia pada waktu terhad sahaja. Bagi anda yang belum mendapatkan ia, bolehlah ke cawangan McDonald’s terdekat anda.