Menerusi satu perkongsian di Instagram, Daiyan dilihat ada memuat naik entri menulis tentang kisah pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Jabal Rahmah selepas terpisah ratusan tahun.
“Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin dah tiba masanya,” tulisnya.
– Daiyan Trisha
Terdahulu, Daiyan berkata dia hilang rasa untuk melancong biarpun pintu sempadan telah dibuka. Katanya lagi, rupanya Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk kembali ‘terbang’ ke luar negara.