Penyanyi Daiyan Trisha telah membuat kejutan buat ibu bapanya apabila menghadiahkan mereka sebuah kereta mewah. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi perkongsian di Instagramnya.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, dia bersyukur akhirnya hajat memberikan kejutan itu tercapai selepas tertunda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.
“I booked the car last December and alhamdulillah finally got to surprise my parents yesterday for their anniversary gift. what a joy to make them happy,”
– Daiyan Trisha
Menurut Daiyan, salah satu sasaran utamanya adalah untuk membelikan kereta buat keluarganya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
Bagaimanpun, penyanyi itu menyatakan dengan keberkatan yang diperoleh sepanjang tahun lalu membuatkan dia enggan menunda lagi sasarannya itu.
“Jika ada apa-apa, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuat mereka merasa lega dan mengisi hari-hari mereka dengan kegembiraan, kerana kita tidak akan pernah tahu apa yang akan dibawa hari esok, ketika kita hidup di hari-hari yang tidak pasti.
“Alhamdulillah dah sampai kat tangan papa & mummy. Hug your parents, show them you love them, and do everything you can to repay them back. Takkan pernah cukup, tapi at least kita cuba,”
– Daiyan Trisha
Berkongsi mengenai kejutan itu menerusi sebuah video di saluran YouTube miliknya, Daiyan turut merakamkan proses membeli kereta berkenaan yang dimulakan sejak Disember, tahun lalu.
Sewaktu memberikan kunci kereta terbabit dalam kotak kecil kepada ibu bapanya, mereka sekeluarga jelas beremosi. Ternyata kejutan dibuat Daiyan itu menjadi untuk membahagiakan ibu bapanya.
Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha