Abu menegur sikap segelintir netizen yang disifatkan terlalu mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain meskipun tidak mengetahui situasi sebenar.
Menjadikan dirinya sendiri contoh, Abu menerusi Instastory menasihatkan netizen agar tidak sewenang-wenangnya mengadili musibah menimpa seseorang.
“Kita nampak baik bukan sebab baik tapi sebab Allah tutup aib. Masalah kita adalah suka menghukum orang secara double standard.
“Lebih baik tak payah ulas isu orang, semua orang sama sahaja. Pengajarannya semua benda kita kena adil, jangan terus membuat penilaian.
“Moga Allah permudahkan setiap dari hambanya yang diuji,” tulisnya.
Pada Jumaat, pendakwah muda iaitu Da’i Syed direman lima hari bermula Jumaat sehingga Selasa depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan atas dakwaan merogol seorang gadis pada September tahun lalu.
Mengambil contoh kontroversi yang membabitkan rumahtangganya sebelum ini, Abu berkata dia menerima pelbagai kecaman dan hinaan daripada netizen.
Namun, reaksi netizen itu berbeza apabila membabitkan selebriti lain yang terkait dengan sesuatu isu lebih berat.
“Netizen be like, ceraikan isteri… penunggang agama! Disyaki rogol… jangan fitnah tunggu mahkamah! Aku (emoji kunci mulut),” ujarnya.
Kontroversi rumah tangga PU Abu dengan bekas isterinya, Ain ‘Afini pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial sekitar April tahun lalu selepas dia dikatakan berkahwin lain ketika isterinya itu sedang sarat mengandung.
Seorang wanita bernama, Hana Azraa dikaitkan dengan kontroversi itu dan didakwa sebagai punca perceraian antara pendakwah bebas itu dengan Ain.
Konfik perceraian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuhnya talak dua pada 16 Mei tahun lalu.
*Sumber: mStar Online