in

Ulasan Minggu Pertama Da’i Pendakwah Nusantara Musim Ke-4

Usia muda tetapi berjiwa besar! Bijak menyusun kata-kata dan berbicara secara berhikmah. Itulah antara komen-komen positif yang didengari daripada panel juri ketika berlangsungnya persembahan sulung 11 peserta Da’i pada hari Ahad yang lalu (31 Julai 2016).

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 yang dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Episod kedua ini telah menyaksikan Da’i Saiful, Da’i Niezal, Da’i Azrin, Da’i Nasrul, Da’i Syed, Da’i Aini, Da’i Aishah, Da’i Ahmed, Da’i Irfan, Da’i Daeng dan Da’i Hazman menyampaikan sebuah tazkirah selama tiga minit yang bertemakan “Kau, Aku & DIA”.

Da'i Daeng - Cinta Abadi

Persembahan Sulung 11 Da’i Menerima Pujian Daripada Panel Juri

Tiga peserta Da’i berjaya menerima markah penuh (10 markah) daripada panel juri awam iaitu Da’i Hazman dengan topiknya Karektor Orang Bertuhan, Da’i Aishah dengan topiknya Siapa Tuhanmu dan Da’i Saiful, Rahmat Darimu. Bagi Da’i Hazman, walaupun beliau masih dalam tempoh pemulihan setelah menjalani pembedahan di tulang belakang pada tiga bulan lalu, ianya tidak menghalang beliau untuk meneruskan perjuangan di pentas Da’i. Ustaz Zarifi selaku juri profesional berpendapat bahawa Da’i Hazman bijak mengolah isi-isi penting dan berjaya menyampaikan tazkirah tersebut secara tersusun dan jelas kepada penonton.

Ustaz Dr Izhar Ariff pula berpendapat bahawa perbincangan topik yang disampaikan oleh Da’i Aishah sangat menarik tetapi beliau perlu menghuraikan secara mendalam tentang definisi yang hendak disampaikan serta mengurangkan emosi supaya tidak berlebihan. Manakala bagi Da’i Saiful pula, walaupun beliau merupakan peserta paling muda dalam musim ini tetapi Da’i Saiful mempunyai jiwa yang sangat besar dan berupaya menyampaikan tazkirah dengan penuh karisma.

Tiada penyingkiran diadakan pada episod kedua itu. Para peserta perlu mengumpul markah dari episod kedua dan masih ada ruang bagi mereka untuk memperbaiki intipati dan gaya persembahan. Pada penghujung program ini nanti, juara musim keempat akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan sebuah trofi.

Selain itu, penonton juga boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk mengundi da’i pilihan dan berpeluang memenangi hadiah menarik dengan menyertai kuiz mingguan. Episod kedua telah menyaksikan Da’i Saiful mendahului rakan-rakannya sementara Da’i Ahmed, Da’i Syed, Da’i Aishah, Da’i Hazman turut tersenarai antara lima peserta yang menerima undian paling tinggi daripada para penonton.

Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah. Seperti musim yang lalu, kesemua peserta ini dikuarantin untuk mendapat tunjuk ajar dari mentor (kelas) dan aktiviti lain.

Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka akan dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam.

Pada episod kedua yang lepas, panel juri awam terdiri daripada Yang Berbahagia Datin Maziah, pengasas Almas Beauty & Health, Fynn Jamal, Bella Yunus, Da’i Azzam, Da’i Hijrah dan juga penonton studio yang hadir.

Nama peserta Topik
Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)

Pasir Mas, Kelantan

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah

Allah Dimana-mana

Allah Maha Melihat dan sentiasa memerhatikan gerak geri kita. Penglihatan Allah S.W.T itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk ciptaan-Nya

Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad)

Sungai Besar, Selangor

23 Tahun

Diploma & hadith di kolej Darul Quran JAKIM

Manisnya Ujian

Ujian sebenarnya menyingkap hakikat kehidupan yang hanya sementara. Sesungguhnya kasihNya pada hambaNya dengan ujian & musibah

Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)

Alor Setar, Kedah

29 Tahun

Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia

Karakter Orang Bertuhan

Ciri-ciri orang yg mencintai, pasti akan banyak mengingat dan menyebutnya dimana saja. Apakah ciri-ciri orang yang mengakui bertuhankan Allah yang Satu

Da’i Aini (Wan Nuraini binti Wan Rosdi)

Johor

21 Tahun

Ijazah Sarjana Muda Fiqh & Fatwa (kepujian), Universiti Sains Islam Malaysia

Nikmatnya Hidayah

Bagi seorang yang beriman, nikmat terbesar dalam hidup ini adalah nikmat hidayah Allah swt. Konsep hidayah Allah; dicari atau ditunggu

Da’i Daeng (Muhammad Amiruddin bin Junaidi)

Simpang Renggam, Johor

26 Tahun

Diploma Psikologi, Kolej Jaiputra , Kota bharu, Kelantan

Cinta Abadi

Apabila ditanya semua akan berkata, cintakan Allah. Namun sejauh manakah bukti kecintaan kita kepada Allah.

Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat)

Kedah

25 Tahun

Sijil Tinggi Agama Malaysia di Madrasah taklimiah Khaiririah

Sifat Allah

Wajib bagi setiap mukallaf dan muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi Allah. Maka, wajib juga dipercayai akan sifat Allah yang dua puluh dan perlu diketahui juga sifat yang mustahil bagi Allah.

 

 

Nama peserta Topik
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)

Arau, Perlis

21 Tahun

Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir

Nama Allah

Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan kebesaran dan kekuasaan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Da’i Aishah (Siti Nor Aishah binti Che Hassan)

Bachok, Kelantan

21 Tahun

Asasi Undang-undang, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah

Siapa Tuhanmu

Tuhanku adalah Allah subhanahu wa ta’ala yang memelihara diriku dan memelihara semesta alam ini dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya.

Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)

Permatang Pauh, Pulau Pinang

18 Tahun

Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang

Rahmat Darimu

Rahmat Allah SWT bermaksud kasih sayang Allah SWT sebagai Pencipta Yang Maha Agong terhadap hamba-hamba-Nya.

Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)

Terengganu

19 Tahun

Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang

Jika Kau Tiada

Ada manusia yang tidak meletakkan Allah dalam hatinya. Jika itulah masalahnya, maka jangan ditanya kenapa tiada ketenangan dalam diri.

Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa)

Bagan Serai , Perak

20 Tahun

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama

Indahnya Bersamamu

Setiap orang yang beriman, selalu merindukan Allah, selalu ingin bersama-Nya dan tidak mau berpisah dengan-Nya. Sebagaimana doa-doa orang mulia di sisi Allah.

Setiap orang yang beriman, selalu merindukan Allah, selalu ingin bersama-Nya dan tidak mau berpisah dengan-Nya. Sebagaimana doa-doa orang mulia di sisi Allah.

Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi). Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.

Penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk paparan video-video ekslusif, mengundi peserta pilihan kegemaran anda dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di kuiz mingguan.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.

Panel Juri Tetap - Ustaz Zarifi (kiri) dan Ustaz Dr Izhar Ariff (kanan)

Da'i Saiful - Rahmat Darimu

Da'i Niezal - Jika Kau Tiada

Da'i Nasrul - Allah Di Mana Mana

Da'i Irfan - Sifat Allah

Da'i Hazman - Karektor Orang Bertuhan

Da'i Azrin - Indahnya Bersamamu

Da'i Aishah - Siapa Tuhanmu

Da'i Aini - Nikmatnya Hidayah

Da'i Ahmed - Manisnya Ujian

Da'i  Syed - Nama Allah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Program LAWAK SOLO Mencari Pelawak Tunggal Terunggul Malaysia

Yuna Anggap Parodi MV Crush dalam MeLeTop Akan Memusnahkan Kariernya