Selepas enam minggu berentap, Da’i Ahmed dan Da’i Azrin terpaksa akur dengan keputusan muktamad juri tetap dan meninggalkan pentas Da’i manakala Da’i Hazman dan Da’i Syed terselamat daripada pusingan penyingkiran pada malam Ahad yang lepas.
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, sebuah trofi dan pakej umrah untuk 2 orang sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.
Da’i Ahmed & Da’i Azrin Meninggalkan Pentas Da’i
Kesemua peserta Da’i telah tampil lengkap dengan persalinan serban dan jubah pada episod ketujuh Da’i Pendakwah Nusantara yang berlangsung pada 4 September 2016. Bertemakan “Sirah: Kisah dari Al-Quran”, Da’i Ahmed, Da’i Azrin, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful, dan Da’i Syed telah berkongsi pelbagai kisah menarik seperti Dakwah Nabi Ibrahim, Ratu Balqis, Tentera Bergajah, Ashabul Khafi dan Qabil & Habil.
Pada awal program, Datuk Rosyam Nor selaku hos program terdahulu mengumumkan keputusan minggu lepas dimana Da’i Nasrul, Da’i Irfan dan Da’i Niezal telah mendahului rakan-rakan seperjuangan manakala Da’i Ahmed, Da’i Hazman, Da’i Azrin dan Da’i Syed pula merupakan peserta tercorot.
Persembahan pada malam Ahad yang lalu menyaksikan Da’i Irfan dan Da’i Syed menerima markah penuh daripada juri awam. Da’i Hazman pula diberi pujian kerana tazkirah yang disampaikan itu bukan sahaja berjaya menarik perhatian penonton malahan beliau telah memberikan ilmu kepada mereka yang menghayati kata-kata yang dituturkan.
Namun, sekali lagi Da’i Syed, Da’i Hazman, Da’i Azrin dan Da’i Ahmed diumumkan sebagai 4 peserta paling corot dimana Da’i Ahmed dan Da’i Azrin akhirnya tersingkir. Selain penilaian daripada panel juri tetap dan juri awam, para peserta juga menerima komen daripada tetamu nusantara dari Mesir iaitu Sheikh Mohamed Abdelaziz Mahmoud Ghonim.
Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9 berkata, “Persaingan kini semakin sengit di pentas Da’i dimana para peserta perlu lebih cekap dan kreatif dalam menyampaikan tazkirah masing-masing. Bagi mereka yang sudah tersingkir, kami berharap agar mereka meneruskan berdakwah kerana mencari ilmu merupakan kewajipan setiap manusia, ia tidak harus terhenti di situ sahaja.“
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 menerima sambutan hebat dengan catatan rating lebih daripada 1.6 juta penonton dan mendapat perhatian daripada pelayar Malaysia apabila hashtag Da’iTV3 trending nombor Satu di laman sosial Twitter semasa siaran program tersebut.
Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, Datin Maziah, Zahiril Adzim, Ezaq (penyampai radio KoolFM), Da’i Tajdid, Raqib Majid, Heykal Hanafiah, Faezah Elai dan Nurfarahin Jamsari.
Musim baharu ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.
Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah selama 3 minit mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam.
Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi) dan rancangan Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.
Antara topik yang telah dipersembahkan oleh 8 peserta Da’i ialah:
Nama peserta | Topik |
Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)
Alor Setar, Kedah 29 Tahun Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia |
DAKWAH NABI IBRAHIM
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: “Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata” (Surah Al-An’am, ayat 74) |
Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)
Terengganu 19 Tahun Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang |
RATU BALQIS
“…Balqis berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah An-Naml, sebahagian terjemahan ayat 44) |
Da’i Ahmed (Ahmed Ibrahim bin Ahmad)
Sungai Besar, Selangor 23 Tahun Diploma hafiz & hadith di kolej Darul Quran JAKIM |
TENTERA BERGAJAH
“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?” (Surah Al-Fil, ayat 1) |
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)
Arau, Perlis 21 Tahun Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir |
ASHABUL KAHFI
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.” (Surah Al-Kahfi, ayat 11) |
Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)
Pasir Mas, Kelantan 20 Tahun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah |
QABIL & HABIL
“Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah)…” (Surah Al-Maidah, sebahagian terjemahan ayat 27) |
Nama peserta | Topik |
Da’i Azrin (Azrin bin Md Isa)
Bagan Serai , Perak 20 Tahun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama |
KEKAYAAN QARUN
“Maka Kami benamkanlah Karun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)”
(Surah Al Qasas, Ayat 81) |
Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)
Permatang Pauh, Pulau Pinang 18 Tahun Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang |
NABI AYUB
“…Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).”
(Surah Sad, sebahagian terjemahan ayat 44) |
Da’i Irfan (Mohd Nourul Irfan bin Niamat)
Kedah 25 Tahun Sijil Tinggi Agama Malaysia di Madrasah taklimiah Khaiririah |
GURUKU KHIDIR
“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”
(Surah Al-Kahfi, ayat 66) |
Penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk paparan video-video ekslusif, mengundi peserta pilihan kegemaran anda dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di kuiz mingguan. Da’i pilihan penonton pada minggu lepas ialah Da’i Syed dan diikuti dengan Da’i Saiful, Da’i Irfan, Da’i Hazman dan Da’i Azrin.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.