Da’i Hazman, peserta Da’i Pendakwah Nusantara yang tidak mudah putus asa dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk meningkatkan kebolehannya sebagai seorang pendakwah harus dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk berubah ke hidup yang lebih baik.
Semangat tinggi Da’i Hazman yang menanggung kesakitan tulang belakang yang disebabkan oleh slipped disc tetap komited untuk memberikan yang terbaik di hadapan penonton.
Kecekalan Da’i Hazman Terus Dijadikan Inspirasi Orang Muda
Bertemakan “Dosa Besar” pada episod kesepuluh, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful, dan Da’i Syed dikehendaki menggabungkan elemen lakonan atau drama semasa menyampaikan tazkirah yang diperuntukkan masa selama 4 minit. Selain itu, 30 markah bonus diberikan untuk penilaian kreativiti yang ditunjukkkan oleh para peserta.
Episod tersebut juga menampilkan tetamu Nusantara dari Indonesia iaitu Ustazah Lulu Susanti, seorang pendakwah bebas yang menggunakan puppet semasa menyampaikan tazkirah untuk memberikan komen dan penilaian kepada para peserta di samping murabbi, Ustaz Zul Ramli dan Dr. Robiah K. Hamzah.
“Inilah anak muda yang kita cari-carikan,” ujar Ustaz Zarifi, juri tetap Da’i Pendakwah Nusantara yang memuji semangat dan kesungguhan Da’i Nasrul yang ditunjukkan ketika berkarya di atas pentas. Da’i Nasrul telah membina identiti tersendiri iaitu tidak menggunakan nada suara yang tinggi semasa berpidato atau berceramah namun tetap berjaya mengetuk hati penonton.
Walaupun bertujuan untuk memberikan amaran, Da’i Nasrul memilih untuk tidak menegur secara keras atau marah sebaliknya berbicara secara lembut yang juga memberikan impak kepada penonton. Elemen seni bahasa yang ditunjukkan oleh Da’i Nasrul sepanjang pertandingan juga menerima pujian kerana pentingnya mengangkat seni bahasa sebagai pendakwah di Nusantara.
“Tahniah kerana anda berjaya menguasai pentas dengan persembahan yang cukup hebat!”, komen daripada Dato’ Ustaz Dr. Izhar kepada Da’i Syed yang menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Perangi Riba’.
Dato’ Ustaz Dr Izhar bangga dengan Da’i Syed kerana berjaya menguasai pentas dan memberi persembahan yang padat dengan isi-isi yang mantap. Kombinasi persembahan dan lakonan yang dibawakan pada malam tersebut juga menarik penonton untuk menghayati persembahan.
Da’i Syed juga berjaya menarik penonton untuk muhasabah dan insaf dengan penggunaan riba dalam hidup harian.
‘Apakah kesan dan akibat apabila ada manusia yang memakan harta anak yatim?’’ begitulah soalan yang diajukan oleh juri awam, Datin Maziah kepada Da’i Saiful, peserta keempat yang tampil di pentas Da’i.
Walaupun usianya masih muda, Da’i Saiful berjaya menggunakan fakta dalam persembahan yang disusun secara teratur dengan topik ‘Harta Anak Yatim’. Ustaz Zarifi tidak menjangka bahawa Da’i Saiful memilih topik tersebut kerana matang dan mampu mempersembahkan isu semasa ini dengan baik.
Babak lakonan yang disampaikan juga berhubung kait dengan hujah yang disampaikan. Da’i Saiful mempunyai warna suara yang membuatkan penonton suka, selesa dan senang dengan persembahannya.
Da’i Niezal memilih ‘Ghiba’ sebagai topik tazkirah dan berjaya membawa tajuk tersebut sehingga penonton faham.
Persembahan Da’i Niezal yang tidak pernah mengecewakan telah mendapat pujian daripada Dato’ Ustaz Dr Izhar. Ustazah Lulu Susanti juga memuji penggambaran yang diberikan oleh Da’i Niezal sangat bagus dan berkesan. Da’i Hazman pula berjaya menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Hanyalah Satu’ dengan isi yang padat dan jelas. Penggunaan props juga telah memperkayakan corak persembahan Da’i Hazman.
Ketika berkongsi pendapat beliau tentang kesemua peserta Da’i, Ustazah Lulu Susanti memuji kematangan para peserta yang mampu menjadi pelapis pendakwah di Malaysia. “Tampan, Terampil (keterampilan) dan Taqwa (beriman) merupakan 3T iaitu kualiti yang dipamerkan oleh para peserta dan mereka sangat bijak menggunakan fakta dalam penyampaian tazkirah,” tambah Ustazah Lulu Susanti.
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaskan oleh Almas Beauty & Health... Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, sebuah trofi dan pakej umrah untuk 2 orang sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.
Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, pengasas Almas Beauty & Health, Datin Hajah Maziah Haji Mohamed, Farid (penyampai radio Kool FM), Haziq (penyampai radio Hot FM), Chef Jamil, Budiey (Sensasi Selebriti), Edaman (Band Qanda), Fiza Sabjahan (hos Wanita Hari Ini), Ainan Tasneem, Chef Sarah (hos Hero Oven), dan Da’i Syuhada.
Senarai topik yang telah dipersembahkan oleh 5 peserta Da’i ialah:
Nama peserta | Topik |
Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)
Alor Setar, Kedah 29 Tahun Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia | HANYALAH SATU
(SYIRIK – MENYEKUTUKAN ALLAH) “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga”. (Surah Al Maidah: 72) |
Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)
Terengganu 19 Tahun Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang | GHIBAH
Jauhkanlah ghibah, jangan mengumpat saudara-saudaramu, nescaya Allah akan memperbaiki amal perbuatanmu dan mengampuni dosa – dosamu. |
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)
Arau, Perlis 21 Tahun Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir | PERANGI RIBA’
“Kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya…” (Surah Al Baqarah, ayat 279) |
Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)
Pasir Mas, Kelantan 20 Tahun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah | TANGGANG MODEN
Anak yang derhaka kepada ibu bapanya tidak akan mendapat redha Allah s.w.t.kerana keredhaan-Nya adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapa. |
Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)
Permatang Pauh, Pulau Pinang 18 Tahun Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang | HARTA ANAK YATIM
Sesiapa sahaja yang berani memakan harta anak yatim akan mendapat dosa yang amat besar dan di hari kiamat kelak akan mendapat siksaan yang pedih. |
Musim baharu ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.
Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Dato’ Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam. Minggu ini, 30 markah bonus diperuntukkan kepada juri tetap untuk penilaian kreativiti para peserta.
Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi) dan rancangan Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.
Penonton boleh melayari www.tv3.com.my/dai untuk paparan video-video ekslusif, mengundi peserta pilihan kegemaran anda dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di kuiz mingguan. Minggu ini, Da;i Syed mendahului Da’i Nasrul dan Da’i Saiful dalam carta kedudukan Da’i Pilihan Penonton.
Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.Gunakan hashtag #DaiTV3 untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui tonton di www.tonton.com.my.