Setelah kejayaan program pencarian bakat dakwah AKSI (Akademi Sahur Indosiar) selama 4 tahun, kini salah satu stesen TV terbersar Indonesia, Indosiar kembali dengan program AKSIASIA yang menggabungkan 4 negara tetangga iaitu Malaysia, Singapura,Brunei selain Indonesia sebagai tuan rumah.
program AksiAsia juga boleh disamakan dengan program DAI atau PENCETUS UMMAH jika di Malaysia dimana bertujuan melahirkan ustaz & ustazah muda yang berpotensi memberi dakwah dengan cara yang lebih terkini & efektif disamping merapatkan ukhwah 4 negara.
Tahniah buat Dai Hazman atau nama penuhnya Mohd Hazman Yani Bin Ahmad Tajuddin yang juga merupakan top 5 program Dai musim ke 4 (TV3) telah dipilih stesen TV berkenaan mewakili Malaysia di samping 5 peserta terpilih yang lainnya seperti Asyraf, Annas, Rabiatul, Harris & Rozi.
Perkongsian perasaan dan pengalaman :
Selaku salah seorang peserta yang terpilih untuk mewakili malaysia ke indonesia bagi program AksiAsia merakamkan rasa terharu dan gembira kerana program ini sedikit sebanyak sudah pasti dapat menambahkan pengalaman dan ilmu yang mana akan dapat dikongsi bersama masyarakat malaysia apabila pulang ke tanah air nanti..
-Dai Hazman
Info Program AKSIASIA :
Audisi Malaysia: 16april 2017.
Program bermula 1-29 Ramadan 2017 (Live setiap hari) (29 episod)
Waktu program: 2-5 pagi.
Info Dai Hazman :
-merupakan penceramah bebas yang memiliki tauliah Selangor & wilayah.
-calon PHD jurusan undang-undang UKM.
-moderator Tanyalah Ustaz tv9.
-talent di bawah Musiclabel Maison Dor Network (diterajui oleh Dior) yang juga mengurusi karier Hazman di Indonesia & single lagu Hazman tidak lama lagi.