BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga pula kejadian yang melanda pelakon tinggi lampai, Tunku Hanis apabila dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sekali gus mengalami kerugian.
Menuruh Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tunku Salman, akibat kemalangan yang menimpa dirinya semalam, ia telah menyebabkan dia hilang barangan berharga iaitu wang tunai dan barang kemas setelah dicuri oleh individu tidak bertanggunjawab.
Hanis turut berasa kecewa dengan sikap individu berkenaan yang bagaikan tidak mempunyai hati dan perasaan kerana mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
Kemalangaan yang terjadi di Jalan Kuching di ibu kota semalam turut melibatkan beberapa penggunaa jalan raya yang lain ketika laluan tersebut kebetulan tiba-tiba dinaiki air.
Mujur Hanis sekadar cedera ringgan dengan lebam di anggota badan tetapi sayangnya kereta yang dinaikinya telah remuk teruk.
Selain kehilangan barang berharga, telefon bimbit miliknya turut rosak seterusnya menyukarkan dia untuk melaksanakan beberapa tugasan yang perlu diselesaikannya.
Difahamkan ketika kejadian, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu bgai menghadiri program bersama anak yatim di sana.
Malah, dia turut meminta bantuan kepada mana-mana saksi yang terlihat kejadian itu untuk segera menghubunginya bagi menyelesaikan isu kehilangan barang peribadi miliknya itu.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 28 tahun itu juga berharap agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan punca kemalangan yang terjadi.
Jelas Hanis, kemalangan itu terjadi disebabkan air bertakung di bahagian barisan kanan sehingga menyebabkan keretanya hilang kawalan sehingga tertarik ke arah kiri jalan.
Keretanya juga berpusing beberapa kali di atas jalan raya sebelum terlanggar beberapa kenderaan lain.
Dia juga berjanji untuk bertanggungjawab atas segala kerosakan yang dialami oleh pengguna jalan raya yang turut terlibat kemalangan bersamanya semalam.
Bagaimanapun, Hanis bertindak untuk tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialami akibat kehilangan wang tunai dan rantai emas yang disimpannya di dalam beg tangan.