Pelakon Emma Maembong dilaporkan sudah pun bersalin anak pertamanya baru-baru ini.
Menerusi maklumat dari Harian Metro, Emma dan suami Muhammad Shazli Azhar menimang cahaya mata lelaki dan sudah pun membuat majlis aqiqah serta doa selamat.
Tak Ada Sebarang Pengesahan Di Media Sosial
Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman dilakukan dan hanya hantaran majlis mengumumkan jantina anak mereka dimuat naik di Instagram.
Di media sosial adik-beradiknya juga dilihat tidak memuat naik sebarang tanda bahawa Emma sudah pun bersalin. Namun begitu, pelakon tersebut sempat berkongsi majlis mengumumkan jantina anak di akaun YouTubenya.
Emma dan pasangan telah bernikah pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan dirinya hamil ketika usia kandungan memasuki 4 bulan iaitu semasa mereka sedang bercuti di Langkawi tempoh hari.
Apapun, tahniah diucapkan buat Emma Maembong dan suami kerana dikurniakan zuriat sulung.
Sumber: Harian Metro