in , ,

“Dah Sampai Tahap Saya Bernafas Pun Orang Tak Suka,” – Syada Amzah

Penyanyi Syada Amzah berkata dia berlapang dada apabila videonya menyanyikan lagu Kalam Eneih tular dan menerima kecaman hebat daripada netizen.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Syada berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan isu keluarganya sebelum ini sehingga melepaskan kemarahan menerusi video tersebut.

“Saya rasa mungkin isu lama saya, mereka masih lagi terasa hati. Jadi benda yang tiada kaitan pun jadi isu. Kalau saya jadi orang luar mungkin akan rasa benda sama walaupun itu bukan niat sebenar saya.

“Kalau saya mahu publisiti, saya akan cari pihak media. Saya tak rasa saya tagih perhatian, paling penting niat kita,” katanya.

Sementara itu, Syada berkata dia menghargai setiap komen yang ditinggalkan oleh netizen serta bangga degan pencapaian diri  sebagai penyanyi.

“Sejujurnya saya sedikit pun tidak terasa. Kita hanya manusia biasa dan saya sendiri pun tak harap semua orang sukakan saya. 

“Lagu tamil dan arab adalah lagu paling susah dinyanyikan. Mungkin netizen komen untuk sakitkan hati tapi bagi saya ia satu pujian,” katanya.

Dalam pada itu, Syada mengakui ramai yang tidak senang dengan dirinya sehingga setiap perbuatan yang dilakukan dilihat salah di mata netizen.

“Saya sebenarnya dah sampai tahap saya bernafas pun orang tak suka. Tapi sebenarnya saya orang yang mudah buat kawan,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROZITA CHE WAN

Zain Saidin Dedah Tak Pernah Suruh Che Ta Buat Kerja Rumah

TIKTOK

TikTok Meraikan Tiktokers Hebat Negara Dengan #YearonTikTok 2023