Selepas mengambil keputusan untuk berniqab pada Oktober 2022, rezeki Neelofa tetap mencurah-curah serta turut dilamat jenama fesyen dunia.
Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik gambar dengan kapsyen “When they say “We’ll be with you shortly, madam” @louisvuitton”.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang bangga apabila Neelofa tetap dipilih menjadi model jenama terkenal itu meskipun sudah berniqab.
Malah, ramai yang memuji aura Neelofa meskipun tampil berniqab. Tidak kurang juga, peminat turut memuji Neelofa biarpun tampil bertutup namun tetap bergaya.