AirAsia bersedia untuk berganding bahu dengan pemain-pemain industri pelancongan di Langkawi sempena pembukaan gelembung perjalanan bermula 16 September seperti yang diumumkan oleh kerajaan dan memperkenalkan nilai terbaik untuk tempahan penerbangan, hotel dan kombo SNAP, serta memastikan pengalaman perjalanan dengan tahap keselamatan tertinggi sebelum dan semasa penerbangan di seluruh operasi kami.
Terbang ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu daripada serendah RM12 sehala. Tempah di airasia Super App pada ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 19 Sep 2021 untuk perjalanan antara 16 Sep 2021 dan 26 Mac 2022. Anda juga boleh menempah kenderaan untuk ke lapangan terbang terus dari airasia Super App melalui airasia ride, dengan nilai terendah di pasaran daripada RM55 sehala (hanya tersedia untuk Lembah Klang sahaja) dengan menggunakan kod promosi RIDE55 dari sekarang hingga 30 Sep 2021.
Rebutlah tawaran kombo SNAP dengan penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam daripada RM99 untuk seorang di hotel bertaraf 4-5 bintang di Langkawi. Tawaran terhad ini bermula dari 9 Sep untuk tempoh perjalanan antara 16 Sep dan 31 Dec 2021. Klik ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk membuat tempahan.
Bagi yang ingin menempah penginapan secara berasingan, nikmati diskaun ekstra 10% untuk semua hotel di Langkawi dengan menggunakan kod promosi VAX8TION10 pada ikon ‘Hotel’ di airasia Super App dari sekarang hingga 19 Sep 2021 untuk perjalanan antara 16 Sep 2021 dan 31 Dec 2021. Semua tawaran menarik ini boleh didapati di airasia.com.
AirAsia telah membuat persediaan rapi untuk kembali terbang, dan ingin menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih meyakinkan dan selamat bersama AirAsia. Keselamatan merupakan keutamaan kami di samping sentiasa berusaha memastikan perjalanan yang lancar bagi semua tetamu. Di AirAsia, kami komited untuk melaksanakan semua protokol kesihatan dan kebersihan yang ketat untuk sepanjang perjalanan anda, termasuk di kawasan terminal sebelum dan selepas penerbangan, di laluan rayap dan kargo serta semasa penerbangan anda. Selain itu, kami telah mempertingkatkan prosedur dan inovasi yang lebih baik untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih baik.
Penerbangan merupakan kaedah pengangkutan yang paling selamat, bukan hanya kerana langkah keselamatan menyeluruh yang kami laksanakan, tetapi ciri-ciri pesawat seperti sistem penapisan udara di dalam kabin dengan peredaran udara dari atas ke bawah menghindari risiko jangkitan semasa dalam penerbangan. Kajian yang dilakukan oleh agensi penerbangan antarabangsa juga telah membuktikan bahawa risiko jangkitan di dalam penerbangan adalah hampir sifar.
Sebelum melakukan perjalanan, semua tetamu dinasihatkan untuk mematuhi nasihat perjalanan penting berikut:
- Pastikan bahawa anda layak untuk melakukan perjalanan sebelum menempah penerbangan: silapastikan anda mengetahui syarat-syarat perjalanan untuk ke destinasi yang dituju termasuk mempunyai dokumen kesihatan dan perjalanan yang diperlukan seperti keputusan ujian negatif Covid-19, sijil vaksinasi dan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
- Pakai pelitup muka sebelum, semasa dan selepas penerbangan: semua tetamu AirAsia mestilah memakai pelitup muka sepanjang masa – di lapangan terbang semasa daftar masuk dan pengambilan bagasi, dan semasa penerbangan. Sila ambil maklum bahawa pemakaian pelitup muka dengan injap terbuka tidak dibenarkan di dalam penerbangan AirAsia; anda mestilah memakai pelitup muka 3 lapis yang disarankan. Anda juga boleh memakai pelitup muka berganda untuk perlindungan yang lebih baik.
- Semua tetamu hendaklah mendaftar masuk secara kendiri: untuk meminimumkan sentuhan fizikal dan mengurangkan kesesakan di terminal, semua tetamu dikehendaki mendaftar masuk kendiri secara dalam talian melalui airasia Super App atau laman web airasia.com dan memuat naik dokumen perjalanan yang berkaitan (sijil ujian negatif Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi) untuk pengesahan masa nyata. Daftar masuk melalui kaunter hanya untuk tetamu kurang updaya, tetamu yang membawa bayi (bawah usia 24 bulan), dan tetamu bawah umur yang terbang sendiri.
- Tiba lebih awal di lapangan terbang: para tetamu digalakkan untuk tiba sebaik-baiknya 4 jam sebelum berlepas untuk melalui semua proses yang diperlukan.
Untuk memastikan bahawa standard keselamatan dan kebersihan tertinggi sepanjang masa, AirAsia juga telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan seperti berikut:
Sebelum Penerbangan:
- airasia Super App: kemudahan daftar masuk kendiri di airasia Super App kini mengintegrasikan data dari penyedia perkhidmatan kesihatan untuk membantu para tetamu memenuhi syarat perjalanan yang berkaitan seperti sijil keputusan ujian Covid-19 dan/atau sijil vaksinasi dari keselesaan rumah mereka. Sistem yang berasaskan kecerdasan buatan (AI) tersebut juga membolehkan para tetamu mengesahkan sijil vaksinasi dari aplikasi MySejahtera (bagi mereka yang tinggal di Malaysia) semasa proses daftar masuk kendiri. Para tetamu juga boleh melayari laman web untuk mendaftar masuk.
- Kiosk tanpa sentuhan: semua kiosk daftar masuk AirAsia di lapangan terbang telah ditingkatkan dengan sistem tanpa sentuhan yang membolehkan para tetamu mencetak tag bagasi tanpa menyentuh skrin tersebut.
- Pilihan pembayaran tanpa sentuhan: semua kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang di Malaysia kini mempunyai kemudahan pembayaran tanpa sentuhan yang menerima pembayaran digital menggunakan e-dompet, perbankan dalam talian dan transaksi kad kredit/debit.
- Sistem Penyelarasan Penumpang (PRS): sistem ini diperkenalkan untuk mengurangkan pengendalian pas masuk secara fizikal oleh anggota Keselamatan Penerbangan (AVSEC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). Sistem PRS ini akan diperluas secara berperingkat ke lapangan terbang lain di Malaysia oleh Malaysia Airports.
- Perlepasan secara berperingkat: untuk memastikan keselamatan para tetamu, proses masuk ke dalam pesawat akan dilakukan dari barisan belakang ke hadapan. Ini bermakna, tetamu dari Zon 2 (belakang) akan masuk terlebih dahulu, diikuti Zon 3 (tengah) dan Zon 1 (hadapan/Hot Seats) untuk memastikan kelancaran dan meminimumkan sentuhan dengan kru kabin dan sesama para tetamu.
Semasa Penerbangan:
- Penapis Udara Berkecekapan Tinggi (HEPA): udara kabin sentiasa mengalir dari siling pesawat ke lantai sebelum diserap oleh penapis berkecekapan tinggi yang biasanya digunakan di dewan pembedahan hospital. Semua pesawat AirAsia dilengkapi dengan penapis HEPA yang berkuasa menapis 99.99% zarah debu dan bahan cemar udara termasuk virus dan bakteria. Udara kabin disegarkan sepenuhnya pada setiap tiga minit untuk memastikan kualiti udara tertinggi sepanjang penerbangan anda.
- Kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya: semua penerbangan AirAsia hanya akan dikendalikan oleh juruterbang dan kru kabin yang telah divaksin sepenuhnya. Begitu juga dengan kakitangan operasi lain di terminal dan pengendali bagasi.
- Peralatan Perlindungan Diri (PPE): semua juruterbang, kru kabin, kakitangan khidmat tetamu dan pengendali bagasi AirAsia akan memakai PPE semasa bertugas dan sepanjang penerbangan termasuk pelitup muka dan sarung tangan. Semua kru kabin telah dilatih untuk mengendalikan apa jua situasi perubatan ketika dalam penerbangan termasuk mengenal pasti dan mengasingkan jika ada sesiapa yang menunjukkan gejala kurang sihat.
- AirAsia WiFi: kini anda boleh melihat menu Santan, katalog Bebas Cukai, majalah dalam penerbangan, dan kandungan hiburan digital secara percuma menggunakan peranti anda sendiri. Anda juga boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan sepanjang perjalanan dengan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi kami. Anda juga boleh mengakses perkhidmatan airasia Super App melalui portal AirAsia WiFi untuk pengalaman perjalanan yang lebih selamat, tanpa tunai dan digital.
- Hidangan dalam penerbangan disediakan secara selamat: semua hidangan di dalam penerbangan disediakan mengikut syarat keselamatan makanan yang ketat sebelum disajikan.
- Pembersihan pesawat secara mendalam: semua pesawat kami disanitasi selepas setiap penerbangan dan setiap malam akan menjalani prosedur pembersihan menyeluruh selama 2 jam seperti yang disarankan pihak berkuasa.
Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata: “AirAsia menyambut baik keputusan kerajaan untuk memulakan gelembung perjalanan ini bagi memulihkan keseluruhan industri pelancongan di Langkawi. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyokong kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia dengan menawarkan penerbangan serendah RM12. Selain promosi penerbangan kami juga menawarkan promosi SNAP dengan nilai terbaik. Kami yakin semua tawaran luar biasa ini akan menjadi rebutan jadi kami menasihati tetamu untuk memuat turun airasia Super App hari ini! Kami juga bakal menawarkan inisiatif menarik dan inovatif untuk memberikan pengalaman pelancongan holistik di Langkawi daripada tempahan kenderaan ke lapangan terbang kepada pengalaman baharu untuk membeli-belah barangan bebas cukai tidak lama lagi.”
Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi airasia Group berkata, “Sejak kami kembali memulakan operasi untuk perjalanan penting pada April 2020, kami telah menambah baik sistem dan prosedur perjalanan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan para tetamu kami. Sistem daftar masuk kendiri melalui airasia Super App adalah inovasi terbaru yang mengintegrasikan data dari penyedia perkhidmatan kesihatan yang diperakui untuk mengesahkan kelayakan perjalanan berdasarkan sijil ujian dan/atau sijil vaksinasi mereka. Prosedur perjalanan komprehensif kami untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu serta kakitangan kami adalah hasil daripada kerjasama berterusan dengan pihak berkuasa kesihatan dan penerbangan di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Ini merupakan langkah seterusnya dalam transformasi digital kami dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan anda di dalam penerbangan kami.
“Kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk sentiasa mematuhi peraturan perjalanan, protokol keselamatan dan nasihat kesihatan yang ditetapkan. Kita haruslah sentiasa berwaspada dan mengamalkan tahap kebersihan tertinggi walaupun telah divaksin sepenuhnya,” tambah beliau.
AirAsia telah menerima pengiktirafan tertinggi 7/7 daripada pakar-pakar penerbangan di Airlineratings.com berikutan langkah-langkah keselamatan Covid-19 yang dilaksankannya sejak pandemik bermula.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan daftar masuk kendiri dan cara untuk mengesahkan sijil vaksinasi anda, layari Halaman Sokongan AirAsia di sini. Untuk perubahan penerbangan, klik di sini untuk menghubungi AVA, dan untuk status penerbangan terkini, layari airasia.com/flightstatus. Untuk syarat perjalanan ke Langkawi klik di sini.
Untuk pengalaman perjalanan yang lebih baik dan lancar, muat turun airasia Super App melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.