in ,

Dah Lama Hidup Sebagai Janda, Siti Nordiana Cari Lelaki Yang Memahami

Sudah 14 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana mengakui ada keinginan untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana bagaimanapun berkata dia masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa serta meminta mendoakan untuk dirinya.

“Buat masa sekarang ini saya masih solo. Tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa. Saya belum berkahwin lagi. Keinginan untuk berkahwin itu mestilah ada, sebagai manusia biasa. 

“Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat. Sekarang tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nana berkata bukan mudah untuk seseorang itu menerima dirinya yang berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata.  Menurut Nana, dia mencari pasangan yang memahami dirinya.

“Sebenarnya saya mencari seorang lelaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan saya. Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama.

“Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya. Yang cuba mendekat saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati,” katanya.

Terdahulu, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusup pada April 2006 namun bercerai pada 2009.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NANOKEN

Penulis Mahu Nanoken Universe Dijadikan Inspirasi Untuk Belia Zaman Ini

“Yes Memang Aku Nak Keluar Dengan Laki Poket Tebal,” Zarina Anjoulie