“Saya dan isteri sedang memikirkan nama paling sesuai untuk anak kedua kami,†kata Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah/
Isteri Mat Dan, Nadifa Adnan, 32, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.23 kilogram (kg) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada 10.55 pagi 7 November lalu.
Mat Dan berkata, dia dan isterinya masih tercari-cari nama sesuai untuk diberikan kepada anak keduanya itu.
“Anak sudah berusia 10 hari, tapi kami masih dalam proses memilih nama terbaik dan paling sesuai untuk anak kedua ini dan sampai sekarang, saya tidak dapat menjawab jika ada yang bertanya mengenainya.
“Beberapa nama ada di dalam senarai, tetapi saya dan isteri perlu merujuk nama itu dengan ustaz terlebih dahulu bagi mengetahui maknanya,†katanya.
Mat Dan berkata, isterinya dijangka melahirkan anak kedua itu pada 23 November, tertapi bersalin awal dua minggu iaitu sama seperti melahirkan anak pertama dahulu.
Menurutnya, kali ini dia tidak sukar menguruskan isteri dan bayi kerana sudah mempunyai pengalaman ketika menyambut anak pertama dahulu.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah, isteri sihat dan masih berpantang manakala anak tidak mengalami sebarang masalah.
“Ibu saya, Nicola Tyler, 56, dan bapa, Kevin Tyler, 62, teruja menerima kehadiran cucu kedua mereka, tetapi mereka berada di London dan tidak boleh datang ke sini buat masa ini.
“Ibu dan ayah sudah setahun tidak berjumpa kami sekeluarga dan diharap masalah Covid-19 itu cepat-cepat reda supaya kami dapat berjumpa semula,†katanya.
Mat Dan dan Nadifa sebelum ini dikurniakan anak pertama, Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini berusia tiga tahun.