in

Daftar Masuk Sendiri Sempena Musim Cuti Hujung Tahun

AirAsia dan AirAsia X ingin menggalakkan kesemua para tetamu yang akan terbang sepanjang musim cuti sekolah hujung tahun melakukan daftar masuk sendiri dan tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelak kesesakan kerana tambahan tetamu yang dijangka lebih ramai sepanjang tempoh ini.

Tetamu disarankan agar tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan 4 jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X bagi setiap penerbangan mereka dan juga melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, aplikasi mudah alih atau di kiosk daftar masuk bagi kemudahan perjalanan mereka.

Perkhidmatan daftar masuk sendiri menerusi laman web, aplikasi mudah alih dan kiosk tersedia bermula dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum waktu pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X. Tetamu juga disarankan untuk mencetak pas masuk mereka sebelum tiba di lapangan terbang untuk melancarkan proses perjalanan mereka.

Nasihat Perjalanan AirAsia: Daftar masuk sendiri dan tiba lebih awal di lapangan terbang sempena musim cuti hujung tahun
· Tiba di lapangan terbang 3 jam sebelum waktu penerbangan
· Daftar Masuk Sendiri menerusi web, mudah alih atau kiosk bagi kemudahan perjalanan
· Pra-tempah peruntukan bagasi yang mengcukupi dan makanan dalam penerbangan

Bagi tetamu dengan bagasi untuk di daftar masuk, kaunter bagasi tutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia & AirAsia X. Tetamu dinasihatkan untuk melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu pelepasan seawal yang mungkin kerana kesesakan juga dijangka akan berlaku di kaunter mengimbas bagasi, pelepasan bagasi dan kaunter Imigresen.

Setiap tetamu hanya dibenarkan SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan mesti dalam dimensi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas). Kesemua tetamu digalakkan untuk pra-tempah bagasi yang mencukupi untuk perjalanan mereka. Mereke boleh menggunakan fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com bagi menambah lebih banyak jumlah bagasi.

Tetamu turut dinasihatkan supaya pra tempah makanan dalam pesawat mereka terlebih dahulu secara atas talian bagi memastikan makanan terhidang semasa dalam penerbangan. Pra tempah makanan boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan menerusi “Urus Tempahan Saya”.

Tetamu dengan tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan khas hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu hadir lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. Staf AirAsia bersiap sedia di lapangan terbang bagi membantu kesemua tetamu dengan keperluan perjalanan mereka dan bagi memastikan perjalanan yang selesa buat semua.

AirAsia juga ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat bercuti kepada semua.

Terus ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malaysians Are Changing The Way They Work

TV1 Siar Drama Pendek Kanak-Kanak Terbitan Unit Drama TV RTM