Bagi meraikan hasil jualan yang memberangsangkan sepanjang 2015, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. telah membawa 263 kakitangannya serta wakil media ke Bandar Ho Chih Minh selama 3 hari 2 malam untuk menikmati Percutian RED.
Sebagai penghargaan terhadap sumbangan kakitangan terhadap syarikat, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. telah menyumbangkan 5 buah kereta sebagai hadiah utama cabutan bertuah sewaktu Majlis Makan Malam Percutian RED!
“Kami adalah syarikat yang pertama di dalam industri ini yang menganjurkan Majlis Penghargaan dan Makan Malam buat kakitangan kami di luar negara, dengan harapan mereka menyedari bahawa di Cuckoo, jika anda berkerja keras, anda pasti akan mendapat imbuhannya.” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo International (MAL) Sdn.Bhd., En KC Hoe.
Cuckoo International (MAL) Sdn.Bhd. hanya berusia lebih setahun di Malaysia, tetapi dengan produk yang berkualiti serta budaya kerja yang sihat, pengguna Cuckoo telah meningkat sehingga 20 kali ganda, dengan hasil jualan meningkat 8 kali ganda dalam tempoh masa yang singkat.
Ini telah memberikan keyakinan kepada mereka yang baru menyertai syarikat ini, bahawa biarpun Cuckoo adalah jenama yang baru di kalangan rakyat Malaysia, dengan produk yang berkualiti, tiada masalah untuk meyakinkan pelanggan.
“Di Cuckoo, kami sentiasa menyasar untuk memenuhi janji kami, dan biar sesukar dan mencabar mana sekalipun akan pasaran, kami akan terus berani melangkah, kerana kami yakin sekiranya setiap pekerja kami berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran, tiada apa yang mustahil. Kami berniat untuk memperkenalkan produk terbaik buat pelanggan, dan dalam masa yang sama, kami juga mahu setiap kakitangan kami memiliki masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.”
Hari ini, Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. mempertingkatkan lagi sasaran dengan memperkenalkan slogan terbarunya buat 2016 – BEYOND STANDARD, untuk menjelaskan akan komitmen yang bukan sekadar untuk menyediakan air minuman yang menyihatkan buat pengguna, malah, menawarkan khidmat servis selepas jualan yang lebih professional dan komprehensif.
2016 – Menyasarkan lebih kecemerlangan, menempuh cabaran untuk menggapai kualiti servis yang lebih tinggi!
En KC Hoe juga berkata:
“Buat kebanyakan pengguna di luar sana, untuk mendapatkan produk yang berkualiti tidaklah sukar, tetapi bukan kesemuanya disusuli dengan khidmat selepas jualan yang baik. Saya sendiri sering menghadapi masalah kurangnya profesionalisma akan khidmat selepas jualan, dan kerana itu, saya berazam tidak ada sesiapa yang akan menempuhinya dengan hadirnya Pasukan Cuckoo Natural Care Service “
Sekiranya tahun 2015 adalah lebih kepada memperkenalkan Penapis Air Cuckoo kepada pasaran, tahun 2016 pula adalah bagi Cuckoo menggapai kecemerlangan dalam setiap aspek.
Pasukan Cuckoo Natural Care Service adalah terbahagi kepada dua – Natural Doctor, yang bertanggungjawab terhadap pemasangan, & Natural Doctress, yang bertanggungjawab untuk menetapkan temujanji dengan pelanggan, bagi khidmat servis dan penggantian penapis yang dilakukan setiap 4 bulan.
Pasukan Cuckoo Natural Care Service ini adalah dipertanggungjawabkan dengan prosedur servis yang amat ketat. Setiap Natural Doctor ditugaskan untuk memeriksa tekanan dan kadar pH dari punca air, diikuti dengan pengaliran air melalui penapis selama 15 minit, sebelum pemasangan dilakukan. Setelah pemasangan disempurnakan, penerangan akan setiap fungsi bakal diberikan.
“Kami amat menegaskan akan kepentingan pengaliran air melalui penapis baru sebelum menyempurnakan pemasangan mesin, kepada setiap Natural Doctor. Ini adalah kerana Penapis Pra Karbon Cuckoo dan penapis “natural”nya, mengandungi Karbon. Pengaliran air selepas pemasangan mungkin menyebabkan baki serbuk karbon yang tertinggal di dalamnya, menjejaskan kualiti air minuman anda.” ujar Cik Serena, Pengurus Kanan Pusat Servis Natural Care Cuckoo.
Selain dari itu, setiap Cuckoo Natural Doctress adalah dipertanggungjawabkan untuk mematuhi 15 poin pemeriksaan yang ditetapkan, seperti memastikan kadar pH air yang bersesuaian, pensterilan tangki air dan pili dengan menggunakan pensteril stim tekanan tinggi, selain penggantian penapis.
Pelanggan boleh membuat penilaian dengan merujuk kepada Kad 15 Poin Pemeriksaan semasa servis dijalankan. Sekiranya berpuas hati, pelanggan akan diminta untuk menandatangani 2 salinan borang, salah satunya di dalam bentuk digital yang akan dihantar terus ke Ibu Pejabat Cuckoo.
Pihak Cuckoo juga akan menghubungi anda bagi memastikan servis dijalankan dengan sempurna dan memuaskan hati anda. Cuckoo juga adalah syarikat pertama di Malaysia yang membersihkan keseluruhan penapis air dengan menggunakan kaedah pensterilan stim tekanan tinggi. Natural Doctress kami juga akan membersihkan sinki dan papan pemotong anda menggunakan kaedah yang sama, dengan percuma!
Selain dari itu, Pasukan Natural Care Service Cuckoo adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk cuba membuatkan anda menaik taraf atau membuat pembelian tambahan terhadap produk kami, kerana Cuckoo percaya, profesionalisma, adalah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan serta dilakukan dengan baik.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cuckoo International (MAL) dan barisan produknya, layari cuckoo.com.my atau hubungi 1800 08 1111.