Setelah berjaya dengan percubaan pertama beliau menghasilkan senaskhah Filem Televisyen (FTV), “The Hantus†pada tahun lalu, pengacara popular tanah air, pengarah, pelakon dan penyanyi, Nabil Ahmad sekali lagi menzahirkan buah tangan terbaharu, “Dato†S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480), mulai 24 Oktober 2019. Untuk pilihan alternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘on demand’.Â
Filem arahan pengarah berbakat besar, Shahrol Esham ini merupakan idea asal Nabil sendiri dan diterbitkan oleh KMN Production Sdn Bhd dengan kerjasama Cinemalaya Sdn Bhd. Nabil turut bertindak sebagai Penerbit dan merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dalam penulisan skrip naskhah ini.Â
“Dato†S menampilkan pendekatan yang berbeza dan cukup berani apabila mengangkat isu-isu semasa yang membimbangkan dan kian berleluasa di kalangan masyarakat hari ini, terutamanya berkaitan dengan penipuan duit haram, isu “scammerâ€, penyamaran dan sebagainya. Berkonsepkan aksi-komedi dan plot penceritaan yang mendebarkan, “Dato†S diperhebatkan dengan kehadiran nama-nama besar industri sebagai tonggak utama seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.
Saksikan juga penampilan istimewa pelakon popular, Dato’ Jalaluddin Hassan bersama aktivis NGO, saudara Yusuf Azmi dan Penerbit Eksekutif “Dato†S, Dato’ Khairil Muzamil.Â
Memegang watak utama sebagai Sazali (lakonan Kamal Adli), beliau merupakan seorang jurujual yang mempunyai perwatakan menarik serta berkeyakinan tinggi.
Menerusi kelebihan ini, Sazali kerap menipu orang ramai dengan pelbagai aktiviti ‘scammer’ seperti skim cepat kaya, menawarkan pakej-pakej istimewa untuk menunaikan umrah dan haji ataupun menjalankan ibadah korban, pertandingan gores dan menang, penjualan tanah, penipuan atas talian, skim pelaburan mata wang ‘bitcoin’ dan banyak lagi.
Sazali berjaya memperdayakan ramai ahli perniagaan di mana mereka telah membuat pelaburan yang tinggi dan pada usia pertengahan 30-an, Sazali menjadi jutawan dan hidup dengan penuh kesenangan. Namun begitu, setiap penipuan dan aktiviti jenayah yang dilakukan Sazali ini mendapat tentangan isteri beliau, lakonan Zulin Aziz. Sazali alpa dalam dunia baru beliau sehinggakan isteri dan anak meninggalkannya.Â
Akibat penipuannya, Sazali diekori dua anggota polis iaitu Arman dan Bunga (lakonan Fikry Ibrahim dan Puteri Aishah) yang menyamar sebagai rakan kongsi “Dato†S untuk membongkarkan skim penipuannya. Taktik penyamaran yang dilakukan oleh Arman dan Bunga berjaya membuahkan hasil apabila satu demi persatu aktiviti “Dato†S dapat dirungkai.
Apakah langkah seterusnya yang harus dilakukan si ‘con-man’Sazali ini? Bagaimanakah pula pengakhiran cerita beliau? Nantikan kesudahannya dalam “Dato†S yang bakal menemui penonton mulai 24 Oktober ini.
Fakta Menarik Tentang Telemovie Dato S:
- Bekas Juara ‘Superspontan Superstar 2017’, Kamal Adli diberikan mandat untuk mengemudi peranan utama dalam FTV “Dato†S. Ini merupakan lakonan sulung beliau di bawah penerbitan Nabil Ahmad dan KMN Production Sdn Bhd.
- Pemenang tempat ketiga ‘Lawak Solo 2016’, Fikry Ibrahim, yang membawa watak “Armanâ€, seorang inspektor polis, adalah pilihan yang tepat kerana beliau berjaya menjiwai watak yang diberikan dengan cukup baik sekali. Keserasian yang tercetus di antara beliau dengan pelakon baharu yang dicungkil bakatnya dari program Dewi Remaja 2015, Puteri Aishah ternyata membuahkan hasil.
- Penggambaran FTV yang berdurasi 90 minit ini berjaya diselesaikan dalam masa hanya 14 hari. Keseluruhan penggambaran telah diadakan di lokasi-lokasi utama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
- Penerbitan “Dato†S merupakan hasil rumah produksi yang sama bagi FTV ‘The Hantus’, yang juga disiarkan di platform Astro First Eksklusif pada tahun 2018.
- Komposer tersohor tanah air, Pacai menyumbang sebuah lagu runut bunyi khas untuk “Dato†S. Berjudul ‘Semberono’, lagu ini ditulis, disusun dan dinyanyikan oleh Pacai sendiri. Ia turut mendapat sentuhan terakhir pemuzik terkenal, Aji Samin, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir bulan lalu (September).
- Selain dari itu, Kugiran Masdo turut menyumbang sebuah lagu runut bunyi untuk FTV ini. Diterbitkan oleh AG Coco, lagu berjudul ‘Miss Flower Learns to Twist’ ini merupakan hasil nukilan Ali Sariah.
- Mengangkat tema “Penipu Paling Menyirap Abad Iniâ€, “Dato†S pastinya akan mewujudkan perasaan bercampur baur di kalangan mereka yang menontonnya. Bermain dengan elemen marah, geram, suspens dan komedi yang dicetuskan pengarah, Shahrol Esham, ia menjadikan naskhah ini sebuah karya unik.
Kami turut merasakan kisah yang berlatarbelakangkan isu wang haram dalam mengejar kemewahan adalah sangat relevan dengan masyarakat, kerana isu penipuan, penyamaran dan ‘scammer’ ini berlaku secara berleluasa pada hari ini. FTV bergenre aksi-komedi yang diangkat oleh Nabil Ahmad ini dilihat cukup bijak sekali kerana ia akan menjadi elemen kesedaran yang penting kepada masyarakat dan saya yakin ia mampu menepati citarasa penonton tempatan umumnya.
Dalam pada itu, saya juga mengakui, penglibatan rakan-rakan selebriti yang berlatarbelakangkan pelawak terbukti berjaya menghasilkan elemen komedi yang lebih efisien di samping memberi kesedaran yang lebih berkesan.
– Sharmin Parmeswaran, Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best
Saya telah berbincang dengan penulis skrip, dan berkongsi idea untuk mancantikkan lagi jalan cerita supaya ianya lebih menarik untuk ditonton. Kerjasama KMN Production dengan team produksi Cinemalaya juga begitu mengujakan dan mencapai tahap kualiti serta standard saluran berbayar Astro First, ternyata berhasil dengan “Dato†S.Â
Selain dari itu, pemilihan pendukung utama, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Putri Aishah dan Zulin Aziz juga sangat serasi. Ia memudahkan lagi perjalanan penggambaran projek ini. Oleh itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap mereka yang terlibat baik di hadapan mahupun di belakang kamera kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang proses menjayakan FTV ini.  Syabas diucapkan kepada anda semua!â€.Â
– Nabil Ahmad, Cerita Asal dan Penerbit “Dato†S
“Dato†S bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 24 Oktober 2019. Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton “Dato†S secara berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, FTV ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, ‘On Demand’.