Dengan menitikberatkan kepada Teras Kesejahteraan Insan, program yang diberi nama PERCUMA JER diumumkan sebagai inisiatif untuk memperkasa kemampanan ekonomi Islam, sambil menyumbang kepada kebajikan sosial dan perpaduan ummah.
Untuk info pembaca, PERCUMA JER adalah sebuah program yang pertama kali seumpamanya di Malaysia yang memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton TV AlHijrah.
Dijadualkan untuk bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6 hingga 7 petang, program PERCUMA JER merupakan hasil kolaborasi antara TV AlHijrah dan Pasak Sdn.Bhd.
Program ini membawa konsep baharu dan inovatif dalam pemasaran produk di kaca televisyen, yang menjadi yang pertama kali seumpamanya di Malaysia. Ini melibatkan demonstrasi, promosi, dan yang paling utama, pemberian sampel barangan secara percuma kepada penonton TV AlHijrah.
Program PERCUMA JER Taruhan Terbaru TV AlHijrah
Nadzariah Mohamed, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, menyatakan bahawa melalui PERCUMA JER, penonton berpeluang untuk mengurangkan risiko ketidakadilan, penipuan, dan penindasan dalam aktiviti jual beli. Dengan menerima sampel barangan secara percuma, penonton dapat membuat keputusan berinformasi untuk pembelian selanjutnya.
Bagaimana Cara Untuk Penonton Dapatkan Sampel Percuma?
Nadzariah menekankan bahawa penonton boleh mendapatkan barangan sampel percuma dengan menyertai program ini. Caranya adalah dengan menonton rancangan PERCUMA JER yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hingga 7 malam.
Setelah itu, mereka perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store, mengimbas kod QR, dan menyusuli panduan mudah untuk mendapatkan barangan sampel yang diinginkan.
Akhirnya, pemilik produk akan menghantar barangan sampel tersebut melalui syarikat kurier nasional kepada para penonton.
Program PERCUMA JER akan dikendalikan oleh hos dalaman TV AlHijrah, iaitu Hanan Abdul Rahman, Ola Nordin, dan Dewita Susila. Program ini menawarkan lebih daripada 400 barangan sampel pelbagai jenis, termasuk barangan makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan IT, dan pelbagai lagi.
Dengan program semacam ini, TV AlHijrah yakin bahawa inisiatif ini dapat membantu pengguna dan pemilik perniagaan, terutamanya para usahawan PKS, dalam menjana ekonomi dan pembangunan ummah secara global.