Dalam kesibukkan beliau dan keluarga membuat persiapan majlis resepsi perkahwinan, pelakon popular Fattah Amin dan keluarga berkesempatan menganjurkan majlis sederhana bersama anak-anak syurga dari Tahfiz Az-Zahra serta wakil anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari bertempat di ESpace @stalkerscafe semalam.
.
Majlis ringkas yang dimulakan dengan solat maghrib, solat hajat berjemaah, bacaan yasin dan doa selamat itu kemudian diakhiri dengan solat isyak berjemaah serta majlis penyampaian sumbangan hadiah perkahwinan peminat-peminat #fattzura @fattahaminz @missfazura kepada kedua-dua rumah tersebut.
.
Fazura tidak dapat menghadirkan diri kerana kurang sihat namun Keluarga @missfazura yang diwakili oleh Mama, Abang serta Ayah Saudara kelihatan hadir bagi memeriahkan majlis.
.
Dari video-video pendek yang dimuatnaik di Instagram Fattah Amin & Stalkers Cafe sendiri bolehlah disimpulkan bahawa majlis berjalan sempurna dalam suasana cukup sederhana.
.
Tahniah Fattah Amin, Fazura, Keluarga dan #fattahrians! Semoga usaha murni kalian mendapat barakah dari Allah dan semoga terus dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah! Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin!








.
#csr #fattahamincsr #fattzuracsr #fattahrians #fattzura #semanisukhwah #togetherwearestronger #doayangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #buatyangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #StalkersCafebyFattahAmin #StalkersCafeEspace #fasf