in ,

Cristiano Ronaldo Duta Global Terbaru Sacoor Brothers

Cristiano Ronaldo Duta Global Terbaru Sacoor Brothers. Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak yang terbaik di dunia kini merupakan duta dunia terbaru Sacoor Brothers

Ada nama-nama yang terkenal di dalam sesuatu era, yang menonjol kerana bakat, pencapaian atau warisan yang mereka tinggalkan untuk generasi akan datang. Tetapi, ada juga yang turut melakar nama di dalam sejarah, di mana mereka akan terus diingati dan diraikan untuk bertahun-tahun lamanya. Cristiano Ronaldo adalah salah seorang daripadanya.

Dengan bakat yang istimewa serta kesungguhan dan dedikasi yang tersendiri, Cristiano Ronaldo membawakan nilai-nilai kreatif dan aspirasi kepada Sacoor Brothers yang hanya boleh disampaikan oleh personaliti yang memiliki identiti yang kuat dan salah satu tahap penghargaan dunia yang tertinggi sepertinya.

Cristiano Ronaldo

YANG TERBAIK DI DUNIA KINI MENYERTAI SACOOR BROTHERS

“Saya sangat gembira dengan projek yang sedang kami mulakan ini. Saya dapat melihat diri saya di dalam nilai-nilai jenama ini. Komitmen, kejayaan, profesionalisme, peningkatan berterusan,” jelas Cristiano Ronaldo, yang baru selesai menjalani penggambaran di Madrid untuk koleksi musim bunga – panas Sacoor Brothers 2015.

Selama 25 tahun, Sacoor Brothers telah berkembang dengan menakrifkan trend dan menginovasi perkhidmatan dan produk. Dengan personaliti yang boleh mendekati pengguna, jenama ini menampilkan keanggunan dan sofistikasi serta mempunyai kod tersendiri yang menjadikannya jenama yang premium dan sesuai untuk semua.

Cristiano Ronaldo

Mengenai Sacoor Brothers
Sejarah Sacoor Brothers dikaitkan dengan semangat berwawasan empat pengasasnya, empat adik-beradik. Mimpi untuk menghasilkan pakaian yang benar-benar indah dan memaparkan keanggunan Eropah untuk lelaki dan wanita direalisasikan dengan pembukaan Sacoor Brothers kedai pertama di Lisbon, Portugal dua dekad yang lalu. 24 tahun kemudian, Sacoor Brothers kini hadir di pasaran utama di seluruh dunia, membawa pakaian gaya hidup dengan keanggunan Eropah – bertambah pula dengan kualiti, reka bentuk dan nilai – dan yang kini terkenal untuk perkhidmata peribadinya, dari Lisbon ke Kuala Lumpur.

Sacoor Brothers kini merupakan sebuah jenama premium, yang menawarkan serta mendefinisikan ciri elegan, kualiti dan reka bentuk. Falsafah kami memberi tumpuan kepada pelanggan kami, dalam kualiti butik kami, produk, dan terutamanya, perkhidmatan kami. Kami adalah jenama yang komprehensif, dengan pakaian untuk Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak, yang menawarkan koleksi gaya hidup yang pelbagai, dari klasik ke kasual, termasuk pakaian sukan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater SuperHero Lakonan Along Eyzendy, Aqasha & Zulin Aziz

Bekas Suami Penyanyi Syura Mahu Rujuk Kembali