Siapa yang tak mahu memiliki iPhone siri keluaran terbaru daripada produk terkenal Britain, Apple ni. Budiey pun tak sabar nak tukar iPhone 3G kepada model terbaru ni. Tapi, dengarnya untuk pengguna Malaysia khususnya pengguna Maxis dan DiGi, semuanya tak sabar menantikannya berada di pasaran yang dijangka dalam bulan September atau Oktober 2010.
Dalam pada itu, menurut laporan dari Reuters, penjualan iPhone semakin meningkat sehingga pada hari pertama pengumuman pre sale dibuat, lebih dari 600,000 jualan telah dibuat. Ini mewujudkan satu situasi di mana overload berlaku dan Apple tak dapat menampung permintaan ini.
Di Jepun, kini dah ada iklan iPhone 4. Ya, tengok pada gambar di bawah ni. Kreatif jugak kan?