in

Coway Tawar Pelembut Air Buat Rakyat Malaysia

Coway Tawar Pelembut Air Buat Rakyat Malaysia

Coway melancarkan Pelembut Air Spa bersama satu sesi percubaan percuma selama 14 hari secara eksklusif yang membolehkan rakyat Malaysia merasai faedah air lembut dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

PETALING JAYA, 9 Julai 2011 – Coway – peneraju pengeluar peralatan kesejahteraan kediaman – hari ini melancarkan Pelembut Air Spa Coway dengan memasang 48 unit peralatan tersebut di Taman Tema Sunway Lagoon bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk merasai keajaiban air lembut.

Pelembut Air Spa Coway berupaya menukar air paip di rumah kepada air yang lembut dan menjadikannya pilihan lebih sihat untuk tubuh badan, di samping memberikan kita kulit yang lebih licin dan lembut. Ia direkabentuk untuk memberi pengalaman mandi yang lebih baik dan meningkatkan tahap kelembapan kulit dalam tempoh dua minggu.

Coway Spa Water Softener_1

Rakyat Malaysia semakin peka tentang manfaat menjalani gaya hidup sihat terutama dari aspek produk-produk yang mereka gunakan. Trend ini memberi petanda positif kepada Coway Malaysia, bukan hanya untuk Pelembut Air Spa, tetapi bagi semua produknya yang direka demi memenuhi keperluan serta gaya hidup pengguna masa kini.

Menurut Hoe Kian Choon, Pengurus Besar Kanan Jualan, Coway Malaysia, pelembut air merupakan satu peralatan rumah yang baru dalam pasaran Malaysia dan kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah didedahkan dengan air lembut.

“Walaupun ramai orang tidak biasa dengan faedah yang boleh diperoleh daripada penggunaan air lembut ketika mandi, maklum balas yang kami terima sehingga kini menunjukkan minat yang tinggi terhadap produk ini.”

“Kualiti air yang diserap menerusi kulit adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum. Ia mestilah bersih dan sihat untuk membuatkan tubuh serta minda menjadi lebih sihat. Sebagai contoh, sisa klorin di dalam air paip bukan sahaja menyebabkan penyakit kulit dan ruam, malah mempercepatkan keguguran rambut serta penuaan kulit kerana ia memusnahkan vitamin-vitamin dalam kulit kita.”

“Pelembut Air Spa Coway dilengkapi dengan satu penapis komposit untuk mengeluarkan klorin, kuman serta bendasing-bendasing yang terapung dalam air paip. Sementara Resin Penukar Ion pula mengurangkan ‘kekerasan’ air paip. Molekul-molekul air lembut lebih mudah diserap dan disimpan oleh kulit kita. Sekali gus membuatkan kulit lebih licin dan lembut selepas mandi.”

Air lembut yang dihasilkan oleh Pelembut Air Spa Coway terbukti secara saintifik mampu meningkatkan tahap kelembapan kulit sehingga 69 peratus, mengurangkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan geseran kulit sebanyak 20 peratus dalam tempoh hanya dua minggu. Menerusi penggunaan teknologi tercanggih, produk ini juga terbukti berupaya melembutkan rambut dan kulit kepala kita, selain mengurangkan penghasilan kelemumur. Air lembut juga meningkatkan tahap kesebatian kerana sabun dan cecair pencuci lebih mudah bertindak balas dengan air lembut.

Mula diperkenalkan ke pasaran Korea Selatan pada tahun 2000, Pelembut Air Spa Coway kini merupakan produk peralatan bilik mandi kedua paling popular di peringkat global selepas Sistem Bidet Coway (Coway Bidet System).

Tambah Hoe lagi, Coway agresif mengembangkan perniagaannya di pasaran Malaysia untuk mengukuhkan posisinya sebagai jenama peralatan kesejahteraan kediaman No. 1 dengan memperkenalkan produk-produk baru.

“Kami rasa rakyat Malaysia kini lebih maklum dengan jenama kami dan janji jenama ini. Jadi, kami boleh memperkenalkan lebih banyak produk-produk yang revolusioner ke dalam pasaran. Selain penulen air Coway, penulen udara dan sistem bidet, Pelembut Air Spa Coway merupakan produk utama kami bagi tahun 2011. Ia dijangka menyumbang sebanyak 11 peratus kepada pendapatan tahunan kami.”

Coway mencapai pertumbuhan jualan mengagumkan iaitu sebanyak 100 peratus pada tahun 2010 dan berazam untuk mengulangi kejayaan tersebut pada tahun 2011 menerusi perolehan pendapatan sehingga RM100 juta. Kini, Coway mempunyai 50,000 orang pelanggan di Malaysia.

Hoe menjelaskan bahawa syarikat yakin dapat menggandakan jumlah pelanggannya pada tahun ini dan mencapai pelanggan kesejutanya menjelang tahun 2015. Untuk itu, Coway dijangka membina kilang pengeluarannya di sini menjelang tahun 2014 demi memenuhi pertumbuhan pesat dan peningkatan permintaan, selain mengukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia.

Dianggarkan seramai 500 orang dijemput menyertai pelancarannya di Sunway Lagoon, di samping wakil media dan selebriti-selebriti tempatan termasuklah Ning Baizura, DJ Sam dari 988, Vanidah Imran & May June.

48 unit prebiu di Sunway Lagoon Water Park akan berada di sana selama tiga bulan. Maka, para pengunjung Sunway Lagoon boleh merasai sendiri faedah-faedah serta perbezaan antara air paip biasa dengan air lembut.

“Secara umumnya, para pengguna kagum dengan kesan air lembut dalam mengurangkan masalah kulit sensitif kerana ia terbukti meningkatkan kelembapan kulit. Kami yakin bahawa sebaik sahaja mereka didedahkan kepada Pelembut Air Spa Coway, rakyat Malaysia akan pantas menyedari pelbagai faedah air lembut kepada diri dan ahli keluarga mereka.”

Pelembut Air Spa Coway boleh didapati dalam dua model – unit yang dipasangkan pada dinding dan unit yang berdiri sendiri. Kedua-duanya memerlukan pemasangan ringkas dan mudah digunakan. Ia nipis dan kompak, rekabentuknya yang bergaya merupakan padanan yang sempurna untuk mana-mana bilik mandi. Ia dijual pada harga RM1900. Para pelanggan juga boleh memilih pelan sewaan dengan bayaran bulanan sebanyak RM70 yang turut meliputi perkhidmatan servis produk dua kali sebulan dan penukaran penapis secara berkala sehingga lima tahun.

Jangan bimbang jika anda tidak dapat hadir ke majlis pelancaran. Anda boleh mencuba Pelembut Air Spa Coway secara percuma dalam keselesaan rumah anda melalui tempoh percubaan eksklusif Coway selama 14 hari. Tetapi segera kerana hanya ada 1,000 unit untuk dicuba.

Pelembut Air Spa Coway sudah terbukti bermanfaat menerusi ujian selama empat bulan yang dijalankan oleh Pusat R&D Kosmetik Woongjin Coway (Woongjin Coway Cosmetics R&D Center), SMCTC (satu organisasi ujian klinikal) dan Institut Penyelidikan & Ujian Pakaian Korea (Korea Apparel Testing & Research Institute, KATRI). Maklumat lanjut mengenai Coway, sila layari www.coway.com.my, hubungi kami di talian 1800-888-111 atau LIKE KAMI di http://www.facebook.com/CowayMalaysia.

Mengenai Woongjin Coway
Ditubuhkan pada tahun 1989 di Korea, Woongjin Coway menawarkan produk peralatan rumah untuk memenuhi keperluan pengguna bagi persekitaran dalam kediaman yang lebih baik. Syarikat memiliki kemudahan pengilangan di Incheon, Yugu Korea. Pada tahun 2007, Woongjin Coway menubuhkan pusat R&D miliknya di Seoul National University yang dilengkapi deengan teknologi termaju di dunia untuk memenuhi keperluan lebih 250 orang penyelidik di 50 buah makmal. Ia merupakan pusat R&D pertama yang dipilih sebagai “Agensi Pemeriksaan Kualiti Air Minuman” oleh Menteri Alam Sekitar Korea.

Coway Spa Water Softener_2

Coway Spa Water Softener_4

Coway Spa Water Softener_3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dendam Isteri Kematian Suami Dalam Iffah Lakonan Siti Fazurina

Free Stay For Life For Tune Hotels 2 Millionth Guest