Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).
Mengulas lanjut, katanya, kes kematian ke-11 itu adalah kes positif ke-1,070 iaitu membabitkan warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.
“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC.
“Beliau (arwah) mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau adalah pengerusi surau kawasan setempat beliau.
“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 Mac 2020.
“Beliau disahkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia 22 Mac 2020 jam 9.05 malam. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,†katanya di Facebook (FB).