Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata prosedur operasi standard (SOP) mengenai gunt1ng rambut masih tidak membenarkan ia beroperasi.
“Mengenai ada orang kenamaan (VIP) memanggil tukang gunt1ng rambut ke rumah, ini berita baharu. Saya pun tidak tahu kerana sememang perkhidmatan itu tidak dibenarkan.Setakat ini, gunting rambut sama ada di kedai atau perkhidmatan di rumah ia termasuk dalam senarai terl4rang maka tidak dibenarkan perkhidmatan itu di rumah, pejabat atau pun pelanggan ke kedai,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas harian menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, pada 27 April yang lalu, Sinar Harian melap0rkan 13 individu telah dit4han kerana mengunting rambut di kedai secara bersembunyi. Seramai 13 individu termasuk pemilik kedai gunting rambut ditahan selepas didapati berkumpul tanpa alasan yang kukuh di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Mengkuang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka didapati meIanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas berada di premis tersebut untuk menggunting rambut.Menurutnya, polis menerima maklumat orang awam berkenaan premis tersebut yang beroperasi secara s3mbunyi untuk perkhidmatan menggunting rambut sebelum s3rbuan dilakukan pada jam 3.30 petang.
“Pemeriksaan ke atas sebuah kedai menggunt1ng rambut mendapati 13 orang berada dalam premis itu. Tiga daripada mereka adalah tukang gunting rambut dan pemilik kedai.Kesemua mereka dit4han selepas didapati berkumpul tanpa a1asan kukuh. Oleh itu, mereka didapati meIanggar PKP selain pemilik premis yang membenarkan pelanggan datang untuk menggunt1ng rambut,” katanya ketika ditemui di lokasi s3rbuan di sini tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Sumber : Berita Harian & Sinar Harian