Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd. Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu.
“Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan.
“Wanita itu kemudian melakukan pengasingan diri dan segera melakukan ujian saringan dan disahkan positif pada 10 Oktober lalu.
“Individu berkenaan bagaimanapun disahkan tidak menunjukkan sebarang simptom,”
– Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall
Tambah pihak pengurusan pusat beli-belah itu lagi, pihaknya memaklumkan perkara berkenaan pada 11 Oktober selepas wanita itu disahkan positif COVID-19.
Ekoran itu, kerja-kerja pembasmian kuman di ketiga-tiga kedai berkenaan yang bernaung di bawah syarikat LSC sedang dijalankan pada masa ini.
“Ketiga-tiga kedai itu turut diarahkan tutup buat sementara waktu dan pengoperasian semula hanya akan diumumkan kelak.
Kami menyarankan para pelanggan, penyewa kedai dan pengunjung Mid Valley dan The Gardens mengambil langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan diri masing-masing.
Kami akan akan terus memantau situasi ini bersama-sama dengan pihak pengurusan dan akan memaklumkan sebarang maklumat berkenaan perkara ini,” tambah jurucakap pusat beli-belah tersebut.