in , ,

Covid-19 Jadi Punca Artis Terlibat dalam Sindiket Pelacuran Kelas Atasan

Minggu ini kita dikejutkan dengan segelintir artis dan Instafamous yang terlibat dalam sindiket pelacuran oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdapat segelintir golongan selebriti dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan. Persatuan Seniman Malaysia juga mendakwa memang ada selebriti yang berbuat demikian.

Zed Zaidi selaku Presiden Seniman mengatakan ini adalah jalan mudah untuk mereka dapatkan kemewahan oleh segelintir kecil selebriti berkenaan. Ada yang menunjukkan kemewahan, tapi pendapatan mereka tidak setara dengan apa yang mereka tayangkan di media sosial.

ZED ZAIDI SENIMAN
Zed Zaidi

Kata Presiden Seniman, Zed Zaidi, golongan terbabit cuba mencari kemewahan secara mudah terutama untuk dipamerkan di media sosial.

“Sebabnya sekarang cabaran kita ialah media sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk menunjukkan kemewahan yang tidak setara dengan pendapatan mereka.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang dengan peluang pekerjaan yang terhad dan ditambah masalah pandemik Covid-19, ia secara tidak langsung menjadikan mereka terjebak dengan kegiatan negatif ini.

“Seniman sebenarnya boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang terbabit bagi menyediakan garis panduan terhadap perkara ini.

Namun, jika kita lihat dengan kes yang berlaku sekarang, perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi terbabit untuk urusan lanjut.

“Ia sekali gus menunjukkan yang mereka mungkin terbabit dengan perkara itu. Apa yang kita bimbangkan adalah hanya disebabkan segelintir selebriti, ia boleh mencemarkan imej industri hiburan tanah air,”

“Sekiranya, berdasarkan dokumen penyiasatan membuktikan selebriti itu terbabit dan bersalah, ada kemungkinan kami boleh menyenarai hitamkan mereka,”

– Zed Zaidi

Zed berkata, Seniman bukan sahaja tegas membanteras isu pelacuran tetapi juga membabitkan isu pengubahan wang haram, rasuah, jenayah dan lain-lain kesalahan jenayah berat membabitkan golongan selebriti.

Terdahulu sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

Pihak pihak SPRM juga kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan pada 19 Oktober lalu, netizen sudah mula berteka-teki di media sosial mengenai nama artis dan instafamous yang mereka anggap mempunyai ciri-ciri yang dimaksudkan.

Netizen a.k.a makcik bawang sudah memulakan pencarian mereka di social media tentang individu yang dimaksudkan sehingga ada yang cuba untuk mengorek infomasi lama mengenai diri mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiz Zaqyah Bengang Selalu Terima Mesej Lucah, Mahu Pelaku Dikenakan Tindakan!

Ayda Jebat Ditanya Betul Ke Tinggal Serumah Dengan Nabil Mahir? Ini Jawapan Ayda