Rakaman yang menakutkan itu telah dirakamkan dari luar sebuah hospital di New York yang telah meragut 790 nyawa dan telah menjangkiti lebih 36,000 orang. Beberapa jam sebelumnya, sebuah gambar yang sama turut dikongsikan dalam talian di hospital yang berbeza.
Pada Ahad lalu, para pekerja dilaporkan mula memasang khemah triage di luar hospital-hospital New York yang telah pun dibanjiri dengan mangsa Covid-19.
Wabak pandemik itu dijangka akan meningkat di New York pada minggu-minggu yang akan datang. Dalam pada masa yang sama, pegawai-pegawai perubatan juga dilaporkan terdesak untuk menyediakan fasiliti serta kemudahan di luar enam hospital termasuk satu di Long Island.
Dr Anthony Fauci, pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada beberapa bandar di Amerika yang berkemungkinan menjadi pusat penularan wabak seperti di New York.
Pada hujung minggu yang lalu, sebuah foto yang memaparkan sebuah trak yang dipenuhi beg mayat telah diambil dan dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan NYC ketika penghujung waktu kerjanya.
“Ianya adalah realiti menakutkan tentang apa yang dihadapi kita sekarang ini dan kini ada yang telah pun pergi terlebih dahulu,” katanya.
Katanya, salah seorang mangsa tersebut adalah pesakit wanita yang pernah dia santuni serta berada di sisinya ketika wanita itu menghembuskan nafas terakhir.
Bandar Queens dilaporkan telah menyaksikan percambahan kes mendadak diikuti rapat oleh Brooklyn, The Bronx, Manhattan dan Staten Island.
Di New York sahaja, sebanyak 59,513 kes positif telah disahkan dan lebih dari 1,000 orang dilaporkan telah meninggal dunia.