in ,

COVID-19: Google Rancang Beku Pengambilan Pekerja

Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google dikatakan sedang merancang untuk membekukan pengambilan pekerja sepenuh masa dan kontrak baharu di samping mengurangkan sebahagian bajet pemasaran pada separuh kedua 2020.

Memetik CNBC, langkah itu merupakan tindakan lebih radikal yang diambil pihak syarikat berbanding pelan yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik.

Pada awal April, Pichai berkata, Google akan memotong sebahagian pelaburannya sehingga akhir tahun di tengah-tengah krisis Covid-19, bermula dengan pengambilan pekerja tanpa menyebut mengenai pembekuan.

Sementara itu, jurucakap syarikat berkata, separuh bajet akan dikurangkan, tetapi menafikan mengenai pembekuan pengambilan pekerja.

Pandemik Covid-19 memaksa sektor perniagaan di seluruh dunia mempertimbangkan semula strategi mereka berikutan penurunan jumlah pendapatan dan terpaksa menghentikan banyak operasi.

Berjuta-juta orang hilang pekerjaan selepas banyak negara di seluruh dunia menguatkuasakan sekatan pergerakan untuk memerangi penularan wabak maut itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsiakan Nikah Semula dengan Aliff Aziz, Ini Penjelasan Bella Astillah

Cara Mohon Pergerakan Antara Negeri Menerusi Aplikasi Gerak Malaysia