in , ,

Covid-19: Ayda Jebat & Nabil Mahir Bertunang Secara dalam Talian

Pelakon popular Ayda Jebat mengumumkan dia kini sudah menjadi tunang kepada pengacara popular Nabil Mahir pada hari ini. Menerusi perkongsiannya di laman sosial Instagram miliknya, pertunangan mereka berdua disahkan pada hari kelahiran pengacara berkenaan yang jatuh pada 28 April.

“Proposal on my birthday, engagement on your birthday. I know we can make it until the end of our days. Officially, My Fiancé.

“Kumbang sudah merisik bunga, direstui oleh ahli keluarga, lamaran diterima pertunangan pun juga, Walaupun online tetap mesra dan bahagia,” ujarnya.

Nabil Mahir Ayda Jebat

Pasangan tersebut telah mengaku menjalinkan hubungan cinta pada tahun lalu dan Nabil telah bertindak melamar Ayda ketika ulang tahun kelahirannya baru-bari ini.

Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda Jebat bertunang secara atas talian, semalam.

Berkongsi berita gembira, Ayda memberitahu, sebelum PKP, keluarga kedua-dua pihak berbincang untuk mengadakan majlis merisik dan bertunang pada hari jadi Nabil.

https://flic.kr/p/2j1hAex

“Sejujurnya, apabila PKP dikuatkuasakan, kami terfikir untuk menunda acara. Tetapi, keluarga Nabil mahu semua berlangsung dengan cepat.

“Kalau boleh, mereka mahu kami bernikah secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi, bagi menghormati permintaan keluarga, saya dan Nabil tampil dengan idea menganjurkan majlis bertunang secara online,”

– Ayda Jebat

Ayda bersyukur majlis dirancang berlangsung dengan baik.

“Walaupun tidak dapat jumpa dan berhadapan seperti majlis orang lain, tidak merasa seperti apa yang orang lain rasa, kami tetap gembira dapat merealisasikan kehendak keluarga mengikut adat,”

Ayda Jebat

Tambah Ayda, jika diikutkan, Ayda dan Nabil sebelum ini memutuskan untuk tidak bertunang, namun, demi permintaan keluarga, mereka akur.

Ditanya mengenai tarikh perkahwinan, pelakon dan penyanyi ini perlu menghormati kedua-dua keluarga dan bakal mengumumkannya, tidak lama lagi.

“Tarikh sudah ditetapkan tapi masih belum boleh dikongsi. Jangan risau, kami akan hebahkan kelak,”

– Ayda Jebat

Majlis bertunang atas talian itu disertai kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Ayda yang mula rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu, menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

“Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.

“Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin,”

– Ayda Jebat

Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadinya yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vivy Yusof Dikecam Selepas Meniru Idea Rekaan Tudung SleepyIlama

Wak Doyok Disiasat Guna Lambang Peribadi Sultan Johor